October 08, 2010

Tips Tingkatkan Daya Ingatan

Tips Tingkatkan Daya Ingatan

Anda merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yg pelupa? Anda asyik lupa di mana kali akhir anda meletakkan sesuatu? Orang di sekeliling selalu marahkan anda kerana lupa tarikh penting, lupa letak barang, lupa makan ubat, lupa fakta2, lupa tutup kipas, lupa arah jalan, lupa nama orang dan macam-macam lagi. Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dengan mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa. Antaranya ialah:

Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat / data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

Berhati2 Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yang dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yang seimbang atau rujuk dahulu doktor yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.
Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.

Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.

Katakan Berulang Kali
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

Bermain Dengan Angka
Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

Exam oh Exam

Exam oh Exam

Buku-buku berselerak diatas meja. Nota-nota kuliah berterabur lari daripada susunan asalnya. Jadual peperiksaan menggantikan jadual kuliah yang dahulunya menghuni ruang kosong di bucu almari. Kawannya, si jadual ‘study’ bertenggek di sebelahnya sebagai peneman dan juga sebagai ‘reminder’ kepada si tuan pembuat jadual agar bersistematik dalam menguruskan waktu untuk belajar di saat-saat genting ini.

Tarikh-tarikh di kalendar di pangkahkan besar-besar agar jelas kelihatan kuantiti masa yang sudah hilang. ‘Exam’ sudah semakin dekat begitu juga dengan cuti musim panas. Gundah bercampur dengan girang. Gelojak kedua-dua perasaan mula berkecamuk. Mengelirukan.

Exam oh exam. Kenapa mesti wujudnya ‘exam’? Apakah rasionalnya ‘exam’? Dunia ini memerlukan ‘exam’ kah? Kenapa para akademik begitu taksub dengan istilah puaka ini sehingga terasa tersiksa pelajar-pelajar dibuatnya. Kesian mereka. Terpaksa mengharungi musim ‘exam’ seolah-olah mengharungi musim satu wabak penyakit. Ia datang dan pergi membawa segala macam jenis sindrom. Bagi mereka yang tidak tahan, lemah imun psikologinya, sindrom ‘stress’ dan kemurungan akan menghinggap seolah-olah taun yang merencam sistem pencernaan.

Malangnya, wabak ini wabak bermusim.Selagi berstatus sebagai seorang pelajar jangan harap ingin lari daripadanya. Kitaran ‘exam’ sentiasa berulang.‘Exam’ datang dan pergi tetapi perginya pasti kembali.

Oh tuhan, apakah ada ubat! Apakah ada vaksin yang mampu mempertahankan diri ini daripada wabak yang menakutkan ini?

Apabila datang musim ‘exam’ maka bermulalah wabak ini. Wabak ini begitu dahsyat. Semua pelajar pasti dijangkitinya. Semua pelajar pasti jatuh ‘sakit’. Ketika inilah ramai yang akan mula mencari Tuan ‘Doktor’. Ramai akan mencuri segala ruang yang ada untu berbicara kepada-Nya merayu agar dihulurkan bantuan dan dipermudahkan ujian. Tuan ‘Doktor’ memang sudah lali dengan keterbiasaan ini. Keterbiasaan dimana diri-Nya hanya diseru ketika musibah mendatang.

Namun demikian, rayuan bantuan yang dipinta secara ikhlas dan sopan pasti disambut baik oleh Tuan ‘Doktor’. Amat jarang sekali untuk Dia menolaknya. Tetapi, Tuan ‘Doktor’ tidak menghulurkan ubat seperti yang dipinta secara magik. Wujud dengan sekali hembusan mahupun mencul, entah dari mana, di telapak tangan secara tiba-tiba. Apatah lagi untuk melihat-Nya adalah sesuatu yang mustahil. Oleh sebab itu, ramai yang akan rasa kecewa. Tidak kurang juga ada yang rasa was-was, diracuni keraguan.

Walaupun begitu, usahlah kita kecewa, usahlah kita putus asa. Firman-Nya sahaja sebenarnya sudah cukup untuk melemahkan vektor jahat yang dibawa oleh wabak ‘exam’ ini. Percuma tanpa sebarang bayaran.
Kata-kata yang diberi bakal menyembuhkan dengan keizinan-Nya. Namun, tidak memadai sekiranya kata-kata-Nya diambil secara bulat-bulat sebagai penawar. Ubat tidak boleh menyembuhkan tanpa ada usaha. Usaha mesti datang dari pesakit itu sendiri bagi melengkapi terapi yang dimintanya.

‘Exam’ itu satu wabak dan wabaknya bermusim. Musimnya tetap dan datangnya dapat dijangka. Oleh sebab itu, ada sahaja masa untuk kita bersedia. Persediaan mental itu sudah tentu perlu dan persiapan bekalan ilmu untuk menghadapinya itu pastinya wajib. Berilah apa sahaja ubat pun tetapi jika diri sendiri yang menempah bahana, jika diri sendiri yang lalai dan menjerumus kepada kecelakaan tiada siapa mahupun apa yang dapat membantu.

‘Exam’ usah terlalu dirisaukan. Ya, ia memang satu wabak, satu perkara yang menakutkan. Tetapi, di sebaliknya ada manisan Rahmah yang menunggu untuk dihirup oleh mereka yang sabar dan yakin datangnya adalah satu ujian.

‘Exam’ usah terlalu dirisaukan. Walaupun ia sukar, sukarnya ada satu pengajaran. Satu pengajaran bagi mereka yang angkuh dan bongkak agar mereka sedar hakikat sebenar menjadi seorang insan yang perlu kepada tuhan, yang lemah tatkala dihurung musibah.

Hadapilah ‘exam’. Jadikanlah ia sebagai satu kayu ukur. ‘Exam’ akademik, jadikanlah ia sebagai tanda aras kefahaman kita terhadap sesuatu subjek. ‘Exam’ kenaikan pangkat, jadikanlah ia sebagai indikasi dedikasi kita terhadap sesuatu tugas. Namun, yang paling penting sekali, ‘exam’ takwa. ‘Exam’ terbesar yang graduasinya adalah graduasi segala graduasi. Sijilnya adalah sijil di atas segala sijil. Exam yang mengundang pahit kepada manis fantasi hidup di dunia yang penuh dengan ilusi. ‘Exam’ yang hanya ada dua kemungkinan;

"Lulusan syurga ataupun buangan neraka"

Name Characteristics...

Name and Me...

Try it! Quite accurate...

Example:

J - Jealously
O - You are very open-minded
E - You are a very exciting person
Y - You cause a lot of trouble

What you do is find out what each letter of your name means. Then connect
all the meanings and it describes you. If you have double or triple
letters, just count the meaning once.

A - You can be very quiet when you have something on your mind.
B - You are always cautious when it comes to meeting new people.
C - You definitely have a partier side in you, don't be shy to show it.
D - You have trouble trusting people.
E - You are a very exciting person.
F - Everyone loves you.
G - You have excellent ways of viewing people.
H - You are not judgmental.
I - You have a bad temper sometimes.
J - Jealously.
K - You like to try new things.
L - Love is a hard word for you to comprehend.
M - Success comes easily to you.
N - You like to work, but you always want a break.
O - You are very open-minded.
P - You have a lack of understanding people, you only focus on you.
Q - You are a hypocrite.
R - You are a social butterfly.
S - You are very close-minded.
T - You have an attitude, a big one.
U - You feel like you have to equal up to people's standards.
V - You are very verbal.
W - You like your privacy.
X - You never let people tell you what to do.
Y - You cause a lot of trouble.
Z - You're always fighting with someone.

EXAMPLE :

S - You are very close-minded.
H - You are not judgmental.
A - You can be very quiet when you have something on your mind.
B - You are always cautious when it comes to meeting new people.
I - You have a bad temper sometimes.
H - You are not judgmental.
A - You can be very quiet when you have something on your mind.

A - You can be very quiet when you have something on your mind.
B - You are always cautious when it comes to meeting new people.
U - You feel like you have to equal up to people's standards.

R - You are a social butterfly.
E - You are a very exciting person.
D - You have trouble trusting people.
Z - You're always fighting with someone.
U - You feel like you have to equal up to people's standards.
A - You can be very quiet when you have something on your mind.
N - You like to work, but you always want a break.

H - You are not judgmental.
I - You have a bad temper sometimes.
D - You have trouble trusting people.
A - You can be very quiet when you have something on your mind.
Y - You cause a lot of trouble.
A - You can be very quiet when you have something on your mind.
H - You are not judgmental.

H - You are not judgmental.
A - You can be very quiet when you have something on your mind.
N - You like to work, but you always want a break.
A - You can be very quiet when you have something on your mind.
F - Everyone loves you.
I - You have a bad temper sometimes.

Hhmmm..
Pada pandangan saya..
There is a meaning in every name in Islam..
But it’s very interesting game to play with..
Still..
It’s depends on you on how did you want to create yourself and your attitude..
Because Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah nasibnya sendiri..
Usaha itu tangga kejayaan..
Renung2kan dan selamat beramal..

= )

Forgiveness

Forgiveness

Forgiveness is letting go of the pain
And accepting what has happened,
Because it will not changed.

Forgiveness is dismissing the blame
Choices were made that caused the hurt;
We each could have chosen differently,
But we didn’t

Forgiveness is looking at the pain,
Learning the lesson it has produced,
And understand what we have learned.

Forgiveness allows us to move on
Towards a better understanding
of universal love and our true purpose.

Forgiveness is starting over with the knowledge
That we have gained.
I forgive you and I forgive myself.
I hope you can do the same.

Romantik, Kasih Sayang dan Cinta

Romantik, Kasih Sayang dan Cinta

Romantik

Hari ini, aku ada kelas therapy di hospital. Perjalanan menaiki bas dan tramvai sedikit sebanyak agak meletihkan, lebih-lebih lagi aku terpaksa berkejar ke sana, kerana waktu jumaat yang agak lewat berbanding waktu kelas yang bermula 2.40 ptg. Solat jumaat habis jam 2.00 petang.
Setelah turun dari tramvai, aku menyusuri lorong pejalan kaki yang agak licin dek salji yang mengeras. Dalam berkejarannya aku ke hospital, aku terpandang satu pasangan tua (dalam 50/60 tahun lebih) yang berpegangan tangan menyusuri jalan yang licin. Keramahan yang ditunjukkan oleh pakcik itu pada pasangannya amat menyentuh hati. Manakan tidak, walaupun umur sudah lanjut, tetapi kemesraan dan keramahan yang ditunjukkan seolah-olah mereka pasangan muda yang melayari rumah tangga.

Aku memikir-mikirkan situasi tersebut dan menyimpulkan, sungguh bahagia pasangan yang berjaya kekalkan kemesraan sehingga hari tua.

Kasih sayang

Setahun yang lalu, satu hari yang serabut dalam musim sejuk yang menyengat tulang, aku mengambil keputusan untuk berjalan-jalan mengelilingi metropolitan Moscow dengan menaiki tramvai. Melihat-lihat keindahan cahaya lampu waktu malam. Sedang aku asyik dengan keindahan lampu tepi jalan dan keindahan warna warni bangunan-bangunan sepanjang jalanan, dua beranak naik tramvai yang kunaiki. Seorang ibu yang aku kira dalam lingkungan 30-an dan anaknya yang kurasakan sekitar 7@8 tahun.
Si kecil mengambil tempat dihadapanku, manakala si ibu mengambil keputusan duduk di sebelahku. Selepas itu, aku menyambung lamunanku ke luar tingkap yang sangat dingin. Lamunanku terganggu dengan kelincahan si kecil yang tidak henti-henti bertanya si ibu tentang apa yang dia lihat di sepanjang jalan yang dilalui. Si ibu pula tidak jemu menjawab pertanyaan si kecil yang jika aku berada di tempat tersebut, mungkin sudah tidakku layan.

Sedang sibuk aku meneliti apa yang diperbualkan oleh kecil dengan ibunya, tiba-tiba si kecil menunjukkan ke satu arah yang bertentangan dengan si ibu, arah yang bagi aku, tidak pasti apa yang menarik ada di sana. Tatkala ibu sudah mengalihkan ke arah yang ditunjukkan oleh anaknya, sambil mencari-cari apakah gerangan yang dimaksudkan oleh anaknya, si kecil terus mengucup pipi si ibu tanpa sempat si ibu berpaling semula ke arah anaknya. Kemudian si kecil terus katakan “я тебя люблю” ("saya sayang mama") sambil memeluk ibunya. Ibu muda ini, membalas pelukan si kecil dengan penuh kemesraan.

Melihatkan situasi ini, aku tumpang bahagia melihat kasih sayang yang ditunjukkan. Senyuman yang dilemparkan oleh si ibu jelas kelihatan yang dia bahagia kerana tahu anaknya juga menyayanginya seperti dia menyayangi si kecil itu. Dalam keserabutan institusi keluarga yang teruk membelenggu masyarakat barat, tersimpan kasih sayang yang bagiku sungguh bernilai dalam kekalutan kota Moscow yang kian tahun mencengkam kehidupan rakyat dengan nilai inflasi yang tinggi. Hmm.. kasih sayang.. makin hilang dari masyarakat yang tidak memandang kepentingan institusi kekeluargaan dalam menangangi masalah sosial yang kian parah.

Cinta

Satu fitrah manusia untuk sayang dan disayangi. Aku juga tidak terlepas dari perasaan ini. Sepanjang tiga tahun di bumi Rusia ini, aku mengintai-intai disebalik sikap dan perangai masayarakat Rusia yang boleh ku ambil dalam memberi maksud cinta. Ku lihat, keberanian masyarakat meluahkan rasa cinta dan bercumbu-cumbuan di mana sahaja yang kulalui, tidak banyak mengajar aku erti cinta. Tetapi situasi tersebut membuatkan diriku memaksa diri untuk menundukkan pandangan dan berpuasa dalam mencari erti cinta yang sejati.

Rupa-rupanya, dalam gejolak yang membelunggu jiwa mudaku ini, tersimpan satu rahsia untuk mengendurkannya. Iaitu, PUASA. Ketika inilah aku rasakan besarnya hikmah berpuasa dalam menangani gejolak jiwa dan fitnah yang berlaku disekeliling. Bila berpuasa, perasaan untuk mengekalkan erti puasa itu membuatkan mata hanya difokuskan pada lantai dan kaki-kaki.

Menundukkan pandangan. Puasa dan menundukkan pandangan sangat memberi kesan dalam menjaga hati. Bila zina mata berjaya dikurangkan, maka berkuranglah hati dari titik-titik hitam yang sebenarnya sebagai tempat bermaharajalelanya nafsu dalam jiwa. Dua perkara yang aku baru kurasakan hikmah disebalik pesan Nabi kepada generasi muda yang punya kehendak tetapi tidak mampu untuk mendirikan ‘masjid’ yang suci.

Kisah Lucu 2

Suami yang Kematian Isteri

Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung. Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari.

Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur sterinya lebih dari dua minggu secar berterusan. Setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang sudaranya yang terdekat telah berkata, awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu. Pak Mat menjawab,"Sebenarnya sebelum Maznah hendak hembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu. Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh."

Senyum Itukan Sedekah

Senyum Itukan Sedekah

Segala pujii bagi ALLLAH tuhan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W dan pencipta yang berkuasa keatas segala-galanya sama ada di bumi dan di langit,dan dan juga penguasa sekelian alam.

Assalamualaikom saya ucapkan kepada muslimin dan muslimaat,dan moga sentiasa di bawah perlindungan ALLAH yang berkuasa. Kali ini saya nak berkongsi cerita dan pandangan yang dimana ia bersangkut paut dengan kehidupan kita seharian. Namun saya tak mahu terlalu ‘skema’ dalam membicarakan perkara ini.

Baiklah jom kita menyelusuri lembah ilmu ini dengan minda yang tenang dan rilek,tak mau kabut-kabut nak baca…Rilek jer beb.Artikel kali ni saya nak utarakan perkara ‘SENYUM’..

Susah sangat ker nak senyum?? Senyum jer..Bukannya sekali kita senyum sekali tu juga duit kita hilang. Saya suka sangat dengan kumpulan Raihan, lagi-lagi bila dengar lagu pasal senyum..

Ala …takkan tak ingat?Macam ni lirik dier:

SENYUM TANDA SAYANG,

SENYUM TANDA MESRA SENYUMLAH SEDEKAH YANG PALING MUDAH,

SENYUMLAH…..

SENYUMLAH DARI HATI JATUH KE HATI

Erm sedapkan lagu tu,kalau masak dengan lemak cili padi lagi sedap kan.(gelak)..Bila saya cakap pasal senyum mesti ada orang kata ,’takkan nak senyum setiap masa?’..Saya galakkan senyum tu bukannya untuk setiap masa kita; kena senyum tapi kena lihat juga tempat dan situasi. Kalau nak senyum jer nanti apa pula orang lain cakap..GILA KE BUDAK NI??

Saya nak bicarakan pasal ni sebab Junjungan besar kita sentiasa senyum…Dan senyum baginda itu ada lah satu sunnah yang kita boleh ikut dan kita dapat pahala lagi. Seperti firman ALLAH
“sesungguhnya telah ada pada diri RasulluLLAH itu suri tauladan yang baik bagi kalian(iaitu)bagi orang-orang yang mengharap(rahmat)ALLAH dan (kedatangan)hari kiamat dan dia banyak menyebut ALLAH” (al-ahzab:21).

Dengan kita senyum kita menjadikan baginda tauladan,dan adalah satu tuntutan dalam segal urusan kita jadikan baginda sebagai mentor kita..(ingat rancangan mentor tu jer ada mentor,umat Islam dari dulu dah ada MENTOR..Mentor kitorang lagi gempak beb!!!)

.Selain dari itu, senyum juga menzahirkan kita ini umat yang cukup mesra,lembut ,toleransi dan beradab. Bila orang lain tengok pun senang hati..Kenapa nak berkerut saja,tak elok sangat kita asyik nak berkeras sebab nanti muka tu cepat tua dari usia yang sebenar dan kawan pun susah nak dapat...Sebab ALLAH telah berfirman
“sekiranya kamu bersikap keras dan berhati kasar tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu”(ali-imran:159)

Ada banyak faedah yang kita boleh dapat dari kafiat senyum ni,dan terdapat banyak hadis mengenai RasulluLLAH senyum antaranya :

1. Daripada Umar bin Al-Khatab R.A dia berkata.. “RasulluLLAH SAW tersenyum dan baginda adalah orang yang paling bagus giginya”(diriwayatkan Ibnu Hibban di dalam sahihnya)

2. Daripada Jabir bin Samurah RA..dia berkata .. “RasulluLLAH SAW tidak pernah tertawa selain daripada senyuman”(Diriwayatkan oleh Ahmad dan Al-Hakim).

3. Daripada Abdullah bin Juz’,dia berkata .. “RasulluLLAH SAW tidak tertawa selain daripada senyuman.” (Riawayat At-Tirmidzi,dan menurutnya hadis ini hasan Ghorib)

Dan banyak lagi hadis mengenai senyuman RasulluLLAH dan takkan la saya nak masukkan semua hadis-hadis tersebut,nanti dah jadi macam pengajian hadis pula.Cukuplah sekadar hadis-hadis ini ditunjukkan agar dapat mengukuhkan bahawa baginda memang suka senyum ..Namun disini saya nak bangkitkan dan tegaskan bahawa RasulluLLAH hanya senyum bukannya ketawa terbahak-bahak,kerana ketawa terbahak-bahak akan mengeraskan hati(bukanlah hati kita ni keras tapi maksudnya hati kita susah nak menerima sesuatu terutamanya pelajaran). Ini selari dengan apa yang RasulluLLAH katakan .Seperti mana yang Al-Bukhari meriwayatkan di dalam Al-Dabul Mu Frad dan Ibnu Majah daripada Abu hurairah secara Marfu’: “Janganlah kalian banyak tertawa,kerana banyak tertawa itu mematikan hati.”.

Kita sebagai Umat Muhammad perlulah mengikut segala bentuk perbuatan yang RasulluLLAH lakukan,memanglah tak wajib tapi adakah ia berat dan membebankan..TIDAK!! Malahan ia memberi banyak faedah kepada kita dan orang lain..Inginkah anda didalam keadaan dimana semua orang bengis mukanya dan tiada secalit senyuman pun dibibir mereka?? Mesti kalut dan menggerunkan..(senyum)..Tiada keseronokan dan kedamaian dalam keadaan begitu bukan..Maka senyumlah..Senyumlah walau kita berada dalam kesusahan,kerana apabila kita dalam kesusahan kemudian kita senyum ia dapat mengurangkan tekanan dalam diri kita..

Senyum dalam kesusahan………Mesti ramai kata ‘ish!! Susahlah nak buat macam tu’. Kenapa pula susah,sedangkan RasulluLLAH boleh buat,mari saya buktikan dengan satu dalil.-

Diriawayatkan bahawa pada suatu hari Uyainah bin Hisn memasuki tempat RasulluLLAH SAW.Sementara dia termasuk dikalangan bangsa Arab yang beperangai kasar ,ketika Uyainah sudah sampai di hadapan baginda,maka baginda tersenyum kepadanya.Masalah ini telah disebutkan Aisyah RA.: “Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan baginda Nabi.Ketika baginda melihat orang itu dari jauh ,maka beliau bersabda, “Dia adalah seburuk-buruk saudara dalam kerabat dan anak dalam kerabat”.Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk,baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu.**.

Ketika orang itu sudah pergi ,Aisyah berkata kepada baginda: “Wahai RasulluLLAH ketika melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu.Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati.”..Kemudia baginda bersabda “Wahai Aisyah,bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?.” (diriwayatkan Al-Bukhari)

**.Al-khataby berkata tentang makna hadis ini:Hadis ini dikompromikan dari sudut adab dan ilmu.Sabda Nabi SAW tentang diri umatnya tentang sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut GHIBAH.Ghibah berlaku diantara sebahagian orang dari umat islam terhadap sebahagian yang lain.Yang memang harus dilakukan baginda adalah menjelaskan dan mengungapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang baginda terhadap umatnya.Tetapi kerana baginda sudah dianugerahi sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik ,maka baginda memperlihatkan wajah yang beseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan dengan orang yang tidak disukainya.baginda bertindak sebegitu agar umat Islam meniru perbuatan baginda,agar dapat dihindari keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat dari kejahatan dan tipu daya…(lihat di kitab FATHUL-BATI,10/469).

Sekarang saya dah buktikan bahawa dalam keadaan susah sekalipun kita boleh amalkan perbuatan senyum..Lepas itu tiba-tiba pula ada orag kata.. “RasulluLLAH lain dia Nabi kita ni insan biasa”..(saya gelak)..Saya menjawab balik. Adakah anda lupa firman ALLAH di dalam surah kahfi? Firman ALLAH “Katakanlah, ‘sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kalian.”..Nah,Nabi pun seperti kita,sebab itu Allah jadikan pesuruhnya dari kalangan MANUSIA..Apa yang boleh dilakukan nabi kita pun boleh lakukan,tiada alasan untuk mengelakkannya..

Oleh itu saya berseru kepada sahabat semua orang khususnya umat Islam,MARILAH KITA KEMBALIKAN SUNNAH RASULLULLAH IAITU SENYUM YANG SUDAH LAMA HILANG DIWAJAH KITA..

Disini saya nak berpuisi sedikit:

Senyum itu indah gambarnya,

Rasanya manis tidak terkata,

Bibir terukir,bagai lukisan menawan,

Tertawan hati adam dan hawa,

Tertawan bukan sekadar picisan,

Tertawan hati iringi ganjaran Illahi,

Ganjaran bukan sekadar saja,

Ganjaran pahala di janjikan,

Kalau senyum menguntum dihiasi,

Cukup indah ajaran nabi,

Gembira hati kalbu Muhammad,

Bila mana Umatnya bersama ikuti….

Senyum itu lambng orang sedang sukacita,tangis pula melambangkan kesedihan. Begitu kehidupan yang kita lalui dari sehari ke sehari, namun ini jugalah kehidupan yang selalu baginda alami. Kadang kala baginda menunjukkan kegembiraan dengan mengukirkan dengan senyuman di bibirnya namun tangis baginda tidak pernah dilihat atau didengari oleh orang-orang yan bersamanya.

Akhir kata dari saya, saya menyeru rakan-rakan saya,marilah kita mengamalkan budaya senyum di kalangan kita,kerana senyuman itu adalah penyeri kehidupan…dan seri kehidupan itulah yang menghubungkan ukhwah kita dari semasa ke semasa..Kerana dari senyumam datanglah persahabatan dari persahabatan itulah datangnya kekuatan..

Wabillah hitaufiq wal hidayah wasalammualaikom warahmatullah hiwabarakatuh…

Sedekah

Memberi Sedekah

Dikeluarkan oleh At-Thabarani dan Al-Hasan bin Sufyan dari Muhammad bin Usman dari Bapaknya katanya, "Harisah bin An-Nu'man telah kehilangan penglihatan matanya, beliaupun mengikat benang dari kain sajadahnya ke biliknya. Apabila orang-orang miskin peminta sedekah datang, beliau akan mengambil uang dari uncangnya dan dengan bantuan benang tersebut, beliau menuju ke arah pintu itu untuk menyerahkan uang itu dengan tangannya sendiri.

Melihat keadaan yang demikian, keluarganya pun berkata, 'Biarlah kami melakukannya untuk untuk mu', Sebaliknya beliau berkata: 'Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda,

"Memberi sedekah kepada orang miskin dengan tangan sendiri akan menyelamatkan seorang dari kematian di dalam kehinaan".

Sebagaimana dalam Al-Ishabah.

Dikeluarkan oleh Abu Nu'aim di dalam kitab Al-Ishabah dan Ibnu Mas'ud dari Muhammad bin Usman dari Bapaknya.

Dikeluarkan oleh Ibnu Asakirdari Amru Al-Laithi katanya, "Kami berada di sisi Wasilah bin Al-Ashqa ra. ketika seorang peminta sedekah datang. Amru ra. pun mengambil sekeping roti dan meletakkan beberapa keping uang di atas roti tersebut lalu bangun untuk memberikannya kepada peminta sedekah itu. Akupun berkata, Ya Ashqa'! adakah sesiapa dikalangan ahli keluargamu yang dapat melakukannya untuk mu? Beliau menjawab, "Ya, akan tetapi barangsiapa bangun untuk memberikan sesuatu kepada orang miskin, setiap langkahnya menuju kepada si miskin itu akan menghapuskan satu kejahatan. Apabila ia meletakkannya di atas telapak tangan si peminta sedekah lalu kembali duduk di tempatnya, setiap langkahnya akan menghapuskan sepuluh kejahatan". Sebagaimana dalam Al-Kanz.

Dikeluarkan oleh Ibnu Sa'ad daripada Nafi' sesungguhnya Ibnu Umar r.anhuma telah mengumpulkan ahli keluarganya duduk menghadap sebuah mangkuk yang besar untuk menikmati minuman setiap malam. Kadang-kadang beliau terdengar suara peminta sedekah di luar rumah meminta makanan, lalu beliaupun bangun dan membawa bagiannya yang terdiri dari daging dan roti lalu memberikannya kepada peminta sedekah tersebut. Beliau tidak akan kembali duduk ke tem,patnya sehinggalah makanan itu habis diambil peminta itu. Jika terdapat makanan yang berlebihan, beliau akan makan, jika tidak beliau akan berpuasa sepanjang harinya.

Pintu Taubat Itu Luas

Pintu Taubat Itu Luas

“Saya sudah buat banyak dosa! Saya tak tahu macam mana saya boleh kembali ke pangkal jalan. Bolehkah Allah ampunkan dosa saya? Saya sedih sangat-sangat. Tolonglah saya ustaz!” Luah seorang penghantar e-mail di ruangan inbox saya.

Saya mengakui bahawa, manusia itu memang lemah dan mudah melakukan kesilapan. Tetapi saya menafikan tentang TIDAK TAHU bagaimana mahu ke pangkal jalan, dan adakah Allah akan mengampunkan. Islam adalah agama yang sentiasa memberi khabar gembira kepada penganutnya. Islam adalah sebuah agama yang seringkali memberi jalan dan petunjuk kepda penganutnya. Jalan dan petunjuk untuk mendapat kebahagian dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Melakukan kesilapan yang mengundang dosa, adalah perkara yang memang akan dilakukan oleh manusia. Kecuali insan terpilih iaitu Nabi Muhammad saw yang disucikan Allah dari sebarang dosa. Bagi mereka yang melakukan dosa, Taubat adalah cara bagaimana untuk kembali mendapat keredhaan dan rahmat Allah. Tidak perlukan pembelian kertas indulgence, atau sebarang ritual yang merosakkan fizikal mahupun mental. Cuma menghadap kepada-Nya, kemudian melakukan taubat kepada-Nya, Tuhan yang maha pengasih dan penyayang.

“Taubat ialah kembali taat kepada Allah s.w.t dan menyesal dengan bersungguh-sungguh terhadap dosa yang telah dilakukan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil serta memohon keampunan dari Allah.”

Kata Allah dalam surah Al-taubat,ayat 118, "Kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.”
Memang benar manusia itu sering lupa dengan apa yang dilakukan. Dan tidak tidak hairanlah jika, manusia akan mengulang perlakuan yang dilakukan dahulu. Allah itu maha mengetahui dan bijaksana. Disebabkan kelemahan dan kedhaifan manusia yang pasti akan melakukan kemaksiatan kepada-Nya. Maka Allah sendiri telah berjanji, bahawa Dia akan sentiasa mengampunkan hambanya walaupun dosa itu dilakukan berkali-kali, dengan jalan bertaubat.

Janji Allah ini telah disampaikan melalui, mulut mulia Nabi Muhammad saw yang bermaksud:

“Hadis riwayat Abu Hurairah ra, dia berkata: Dari Nabi saw tentang yang beliau riwayatkan dari Tuhannya, beliau bersabda: Seorang hamba melakukan satu perbuatan dosa lalu berdoa: "Ya Allah, ampunilah dosaku". Allah Taala berfirman: Hamba-Ku telah berbuat dosa dan dia mengetahui bahwa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa atau akan menghukum karena dosa itu. Kemudian orang itu mengulangi perbuatan dosa, lalu berdoa lagi: Wahai Tuhan-ku, ampunilah dosaku. Allah Taala berfirman: Hamba-Ku telah berbuat dosa dan dia mengetahui bahwa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa atau menyeksa kerana dosa itu. Kemudian orang itu melakukan dosa lagi, lalu berdoa: Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku. Allah Taala berfirman: Hamba-Ku telah berbuat dosa dan dia mengetahui bahwa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa atau menghukum kerana dosa itu serta berbuatlah sesukamu, kerana Aku benar-benar telah mengampunimu. Abdul A'la berkata: Aku tidak mengetahui apakah Allah berfirman "berbuatlah sesukamu" pada yang ketiga kali atau keempat kali.” (hadith Qudsi direkodkan Imam Muslim)

Janji yang disampaikan ini, seharusnya menjadi motivasi kepada umat Islam. Agar umat Islam tidak cepat berputus asa mengharapkan keampunan dari Allah. Dosa sebesar manapun, yakinlah bahawa Allah maha pengampun dan maha penyayang. Pokoknya adalah Taubat. Jika ada keinsafan diri dan kemudian melakukan taubat kepada-Nya maka itu sudah memadai bagi mensucikan diri segala dosa yang pernah dilakukan.

Taubatnya si pembunuh

Jika dosa seorang pembunuh yang telah membunuh berpuluh-puluh orang pernah diampunkan oleh Allah inikan pula dosa yang pernah kita lakukan. Kisah pegampunan dosa terhadap pembunuh ini, dikhabarkan oleh Rasulullah melalui sebuah hadith yang direkodkan oleh Imam Muslim.

Maksudnya: "Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., bahawasanya Nabi SAW bersabda: Zaman dahulu ada seorang pembunuh yang telah membunuh sembilan puluh sembilan orang. Lalu dia bertanya kepada penduduk negeri, "Siapa ulama yang paling alim di negeri ini?" maka ditunjukkan orang seorang rahib (pendeta). Lalu di datangi rahib itu seraya mengatakan bahawa dia telah membunuh sembilan puluh sembilan orang. Kemudian dia bertanya apakah pintu taubat masih terbuka baginya atau tidak? jawab Rahib: "Tidak!" maka dibunuhnya rahib itu, dan genaplah pembunuhannya seratus orang.

Kemudian dia bertanya pula penduduk; "siapa ulama di negeri ini?" maka ditunjukkan orang kepadanya seorang ulama yang alim. Dia menceritakan kepada orang alim itu bahawa dia telah membunuh seratus orang. kemudian bertanya apakah pintu taubat masih terbuka baginya atau tidak? Jawab ulama, "Ya, selalu terbuka! Pintu taubat selamanya tidak pernah tertutup. Siapa yang sanggup menutup pintu taubat bagi kamu? pergilah kamu ke negeri begini begini, kerana di sana penduduknya menyembah Allah. Sembahlah Allah bersama-sama dengan mereka dan jangan kembali lagi ke negeri kamu, kerana negeri kamu telah rosak." Maka pergilah orang itu ke negeri yang ditunjuk ulama.

Setengah perjalanan tiba-tiba orang itu meninggal. Maka bertengkarlah malaikat rahmat dengan malaikat 'Azab. Kata malaikat rahmat, "orang ini telah taubat dan dia sedang menghadap dengan hati yang taubat itu kepada Allah Ta'ala" Kata malaikat Azab, "Dia belum pernah melakukan kebaikan sedikit jua pun." Tiba-tiba datang seorang malaikat dengan rupa manusia, lalu dia berdiri di tengah-tengah mereka seraya berkata, "ukurlah jarak kedua negeri itu, ke mana yang lebih dekat bawalah dia ke situ." Setelah diukur ternyata yang lebih dekat ialah negeri yang ditujunya. Maka dibawalah dia oleh malaikat rahmat."

Menurut ulama hadith, selain daripada mengkhabarkan tentang taubatnya seorang pembunuh yang diterima oleh Allah. Hadith ini juga membawa tunjuk ajar, bahawa mereka yang melakukan dosa itu haruslah berhijrah. Berhijrah dari konteks berubah dari berkawan dengan kawan yang tidak senonoh kepada kawan-kawan yang di hatinya penuh ingatan kepada Allah. Jika seseorang itu berada di kawasan yang sememangnya bangkit anasir-anasir kotor, maka berhijrahlah ke tempat yang lebih selamat dan mudah untuk kita mendekati Allah ta’ala.

Bukan setakat mengampunkan dosa, malahan Allah juga telah berjanji akan menggantikan kejahatan yang dilakukan dahulu itu dengan kebajikan.

Kata Allah dalam surah al-Furqan ayat 70: "kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Sedar tidak sedar, sebenarnya Allah menjanjikan banyak kebaikan dan kebajikan kepada mereka yang bertaubat. Maka tidak syak lagi bahawa, jalan keluar ke pintu kebaikan terbuka luas untuk mereka yang sedang bergelumang dalam dosa maksiat. Jangan berputus- asa ke atas keampunan dan rahmat Allah. Ingatlah, bahawa Allah sentiasa menyanyangi dan bersama orang-orang yang ingin mendekati-Nya.

Surat Dari Iblis...

(Surat Dari Iblis)
Surat ini akan membuat anda benar-benar berfikir)
****************************************

SURAT DARI SETAN UNTUK MU

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.
Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu
Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu
Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya
Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.
Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama, dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .
Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.
Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.
Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk membalaskannya
Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan.
Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,
dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.
Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani
Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua, tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.
TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.
Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.
Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu.
Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.
Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu.
Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.
Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.
Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.
Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah seego-ego mungkin.
Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.
Begitulah anak-anak .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.
Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.
Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.
Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.
Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.
Hanya saja kau harus menjadi orang tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini dengan siapapun.

Buruk Sangka...

Buruk Sangka...

Kita memang mudah melihat keburukan orang lain dan teramat susah untuk melihat keburukan diri sendiri. Oleh itu, apabila kita terlihat keburukan orang lain, hendaklah kita kaitkannya dengan diri kita.

Contoh Pertama:

Sedang kita duduk di masjid, datang seorang pemuda dan sembahyang. Kita lihat pemuda itu solat tak khusyuk, badannya goyang sana goyang sini. Lalu hati kita pun berkata:" Apa la mamat ni, sembahyang tak khusyuk." Pada masa yg sama kita lupa yg kita sendiri pun sembahyang tak khusyuk! Kadang-kadang program untuk satu minggu pun kita boleh fikirkan masa tengah sembahyang. Oleh itu, apabila kita terlihat keburukan orang lain, hendaklah kita pastikan yg kita tidak melakukannya. Jika kita pun lakukan, maka hendaklah kita perbaiki diri kita.

Selain itu, hendaklah kita lihat kebaikan orang lain. Macam contoh mamat tadi. Lihat kebaikannya. Hati kita akan berkata:"Bagus mamat ni, rajin datang masjid. Aku ni kadang-kadang je datang. Sembahyang Juamaat je aku selalu datang." Bila kita lihat kebaikan orang, hendaklah juga kita berusaha untuk baiki diri.

Contoh Kedua:

Masa kita dalam masjid tadi, datang pula seorang pakcik tua dan dia baca Qur'an. Kita dengar pakcik ni baca tersangkut-sangkut. Lalu hati kita pun berkata:" Apa la pakcik ni, baca Qur'an pun tak betul." Pada masa yg sama, kita lupa yg kita ni dah berbulan-bulan tak baca Qur'an. Oleh itu, hendaklah kita lihat kebaikannya bukan keburukan orang lain. Sepatutnya kita berkata:"Bagus pakcik ni, rajin baca Qur'an."

Ke Mana Roh Pergi Setelah keluar Dari Jasad...?

Abu Bakar R. A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia
keluar dari jasad. Maka berkata AbuBakar R. A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak
di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka
diseksa berserta jasadnya hingga sampai hariKiamat."

Telah bersabda Rasullullah S. A. W:3 kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat padahari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

BILA MALAIKAT MENCABUT NYAWA

Assalamualaikum..s
Semoga dipermudahkan

BILA MALAIKAT MENCABUT NYAWA

Baginda Rasullullah S. A. W berkata:

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.


Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya
mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu. "


Sambung Rasullullah S. A. W. lagi:"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A. S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya disyurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A. S.

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A. S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S. W. T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah "S. W. T."

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukminitu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W. T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekahdari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan:" Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusapkepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solatdengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah inikerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."


Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S. W. T. Kemudian Allah S. W. T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dantunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."

Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

3 Soalan 1 Penampar...

Jawapan dengan Tamparan...

Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu
menjawab pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api,
tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauhitu?

Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)
Kiyai : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang
anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya!
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda : Saya tidak boleh.
Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan
tanpa mampu melihat wujudnya.
Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.
Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.
Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.
Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.
Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika
Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk
syaitan.

Petua untuk Hati

Petua untuk Hati

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:

* Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.

* Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya

* Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya

* Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati

Ujub

Ujub.
Ujub adalah sifat seseorang dimana ia merasa dirinya lebih baik hingga menolak kebaikan orang lain, bangga dan senang dengan dirinya, senang dengan yang diucapkannya, yang diperbuatnya hingga meremehkan orang lain. Ujub berbeza dengan sombong, karena sombong adalah sifat seseorang dimana ia hanya dengan dirinya tetapi tidak sampai meremehkan orang lain. Jadi, ujub bolehlah dikatakan lebih parah dari sombong, dan ada pula yang lebih parah daripada takabur. Ujub boleh menghancurkan amalan soleh yang telah dilakukan oleh kita.
Terdapat bermacam-macam jenis ujub di antara lain ialah :
1. Ujub dengan fizikalnya, yaitu dengan merasa dirinya lebih baik, lebih cantik,
lebih segala-segalanya.
2. Ujub dengan kekuatannya, yaitu dengan merasa diri lebih kuat hingga tidak perlu
bantuan orang lain.
3. Ujub dengan kepandaiannya, yaitu dengan merasa diri lebih cerdas, lebih pintar.
4. Ujub dengan nasabnya, yaitu dengan merasa golongannya lebih baik.
5. Ujub dengan hartanya, yaitu dengan merasa dirinya lebih kaya, lebih mampu.
6. Ujub dengan pendapat yang salah, yaitu dengan merasa dirinya paling benar meski
sebenarnya salah.

Just untuk suatu peringatan...
Kadang2 kita terlupa bahawasanya kita cumalah hamba yang telah ditaklifkan sebagai khalifah dan hanya lah untuk beribadah kepada Allah swt semata2...
Dia yang Maha Berkuasa ke atas Makhluk2Nya..
Renung2kan dan selamat beramal...

IKLAN...IKLAN...IKLANNN...

Tajuk: Temuduga

SEMUA AKAN DI WAJIBKAN HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini: Sabda Rasullah SAW: "Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang2
yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dariarasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya"

Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujung kaki).!

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dlm temuduga ini....

Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa

Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.
Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w. : "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah s.a.w. ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.

Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.

Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from e-Fuse)

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a mid-afternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.'

Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.' Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.' Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan.

Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)
Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi s.a.w. rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.

(Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atas produktiviti berdasarkan kajian 25 tahun)

Kelebihan Solat Berjemaah Mengikut Teori Fizik

Kelebihan Solat Berjemaah Mengikut Teori Fizik

AlKhwariezmie menulis ""Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iaitu cas positif dan cas negatif................"

Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan. Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal. Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untukmemberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakaat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Wallahualam.

Reasons to Smile

Reasons to Smile

1. Smiling makes us attractive

We are drawn to people who smile. There is an attraction factor. We want to know a smiling person and figure out what is so good. Frowns, scowls and grimaces all push people away ,but a smile draws them in.

2.Smiling changes our mood

Next time you are feeling down, try putting on a smile. There's a good chance you mood will change for the better. Smiling can trick the body into helping you change your mood.

3. Smiling is Contagious

When someone is smiling they lighten up the room, change the moods of others, and make things happier. A smiling person brings happiness with them. Smile lots and you will draw people to you.

4. Smiling Relieves Stress

Stress can really show up in our faces. Smiling helps to prevent us from looking tired, worn down, and overwhelmed. When you are stressed, take time to put on a smile. The stress should be reduced and you'll be better able to take action.

5. Smiling Boosts Your Immune System

Smiling helps the immune system to work better. When you smile, immune function improves possibly because you are more relaxed. revent the flu and colds by smiling.

6. Smiling Lowers Your Blood Pressure

When you smile, there is a measurable reduction in your blood pressure. Give it a try if you have a blood pressure monitor at home.
Sit for a few minutes, take a reading. Then smile for a minute and take another reading while still smiling. Do you notice a difference?

7. Smiling Releases Endorphins, Natural Pain Killers and Serotonin

Studies have shown that smiling releases endorphins, natural pain killers, and serotonin. Together these three make us feel good. Smiling is a natural drug.

8. Smiling Lifts the Face and Makes You Look Younger

The muscles we use to smile lift the face, making a person appear younger. Don't go for a face lift, just try smiling your way through the day!you'll look younger and feel better.

9. Smiling Makes You Seem Successful

Smiling people appear more confident, are more likely to be promoted, and more likely to be approached. Put on a smile at meetings and appointments and people will react to you differently.

10. Smiling Helps You Stay Positive

Try this test: Smile. Now try to think of something negative without losing the smile. It's hard. When we smile our body is sending the rest of us a message that "Life is Good!" Stay away from depression, stress and worry by smiling.

Kisah Lucu 1

Ada tiga sahabat, satu kura2..satu lagi katak..yang last ulat gonggok. Suatu hari kura2 mengundang dua temannya kerumahnya buat jamuan kecil2an. So.. mereka bertiga buat le pesta kecil di rumah kura2. Setelah asyik borak, makan, minum and lain-lain...
Si kodok berkata: "Eh..dari tadi rasanya ada macam benda yang kurang la..korang
perasan tak?... .Ha ... patut..la x de kopi.. ... . "
Kura2 : "Iya la..sorryla gua lupa lak buat ... kopi dah habis... so kene
beli kat warong depan tuh!"
Katak : "apsal aku plak... ... kau kan tuan rumah"
Kura2 : "ye la... . tapi bertahun la korang nak menunggu... .siapa lagi
cepat "
Katak : "so kalau gitu mintak je ulat gongok tolong... .
Kura2 : "Oh iya ya.. ulat gongok tolong gi jap"
Ulat Gonggok : "aiya... ..korang ajela"
Katak : "ala ..gi saja la kita orang dah undi kau"

Akhirnya si Ulat gongok pergi juga untuk membeli kopi. Si Katak dan Kura2 menunggu ... ... Lima minit menunggu... si Ulat gongok tak tiba juga... 10 minit..20 minit... satu jam... dan sampai tiga jam Ulat gongok masih tak timbul-timbul.

Katak : "Ulat gongok pegi mana hah tak sampai-sampai..?"
Kura2 : "Iye la .. risau jugak, jom kita cari!"
Katak : "Jom..!"

Bila jer kura2 buka pintu... Ulat gongok sudah pun berada di depan pintu.

Kura2 : "Hah tu pon dia..!"
Katak : "... mana kopinya..mulut aku dah kering sangat ni..?!"
Ulat Gonggok : "..apa kopi-kopi... aku jalan pon belom..!!"
Katak : " Haah tak bergerak lagi ... jadi dari tadi buat apa... ?"
Ulat Gonggok : "Yeeeeeeeeelaaaaa..korang tak nampak ke ni... aku tak abis lagi
PAKAI KASUT.

RaHsIa WaRnA aNdA

RaHsIa WaRnA aNdA

Rahsia Warna Anda Sebenarnya banyak rahsia boleh diungkapkan hanya dengan mengetahui tarikh lahir seseorang itu. Ha..kali ini selidik personaliti seseorang itu berdasarkan warna yang mewakili tarikh lahir. Malah sikap diri sendiripun boleh kamu kenali dengan mudahkan? Jadi, sekiranya tarikh lahir kamu jatuh pada 24hb Februari, bermakna kamu mewakili warna Kuning. Setelah kenal pasti warna kamu, bolehlah melihat keperibadian diri kamu menerusi warna tersebut.

Merah
23 hingga 1hb Disember

Oren
2 hingga 11hb Januari

Kuning
12 hingga 24hb Januari

Merah jambu
25hb Januari hingga 3hb Februari

Biru
4 hingga 8hb Februari

Hijau
9 hingga 18hb Februari

Perang
19 hingga 28hb Februari

Aqua (Biru kehijauan)
1hb Februari hingga 10hb Mac

Lime
11 hingga 20hb Mac

Hitam
21hb Mac

Ungu
22 hingga 31hb Mac

Biru
1 hingga 10hb April

Perak
11 hingga 20hb April

Putih
21 hingga 30hb April
Biru
2 hingga 14hb Mei

Emas
15 hingga24hb Mei

Krim
25 hingga 3hb Jun

Kelabu
4 hingga13hb Jun

Maroon
14 hingga 23hb Jun

Kelabu
24hb Jun

Merah
25 hingga 4hb Julai

Oren
5 hingga 14hb Julai

Kuning
15 hingga 25hb Julai

Merah jambu
26hb Julai hingga 4hb Ogos

Biru
5 hingga 13hb Ogos

Hijau
14 hingga 23hb Ogos

Perang
24hb Ogos 2hb September

Aqua (Biru kehijauan)
3 hingga 12hb September

Lime
13 hingga 22hb September

Olive
23hb September

Ungu
24hb September hingga 3hb Oktober

Biru
4 hingga 13 Oktober

Perak
14 hingga 23hb Oktober

Putih
24hb Oktober hingga 11hb November

Emas
12 hingga 21hb November

Krim
22hb November hingga 1hb Disember

Kelabu
2 hingga 11hb Disember

Maroon
12 hingga 21hb Disember

Teal Mer
22hb Disember

Merah
Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.

Krim
Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan.Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!

Teal (warna kayu)
Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan, terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punya ramai teman.

Merah Jambu
Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain.Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.

Hijau
Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!


Emas
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa.Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

Kuning
Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta.Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia!Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal hal yang romantik bersama si dia.Alahai!

Maroon
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!

Oren
Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Bagulah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan>sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai
orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!

Ungu
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai.Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punya kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.

Warna buah limau (Lime)
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?

Perak
Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan. Bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi berhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.

Hitam
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahanmendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan.Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!

Warna buah Zaiton (Olive)
Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan.Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!

Perang
Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu
perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia.Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?

Kelabu
Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.

Biru
Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri.Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar menyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

Biru laut
Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala galanya.Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga
berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya,ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!

Putih
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!

Biru kehijauan (Aqua)
Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan.Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman.Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain. Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta...! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri!

Rahsia Warna Pada Mood Lelaki

Rahsia Warna Pada Mood Lelaki

“Betulkah warna memainkan peranan dalam menentukan mood seseorang?”

Jawapannya; “Kenapa pilot itu disuruh memakai uniform berwarna putih? Kenapa tak pakai warna lain? Atau ikut suka dia? Sebabnya antara lain, putih membawa ketenangan, bertanggungjawab dan amamah.”

“Itu menunjukkan warna memainkan peranan, kalau tak secara keseluruhan pun, serba sedikit pasti menyumbang. Bahkan, kalau kita tengok Nabi s.a.w. pun memilih warna. Baginda tidak menyukai semua warna. Sejarah menyebut Nabi s.a.w. suka warna putih, warna hijau dan hitam. Dan baginda memakai warna-warna ini ikut suasana. Dalam keadaan biasa, baginda lebih banyak dilihat memakai pakaian berwarna putih. Dalam peperangan misalnya, baginda memakai hitam. Itu menunjukkan memang warna ada pengaruh untuk kecemerlangan dan kehebatan kita.”

“Jadi, betulkah kalau seseorang itu memakai warna yang salah, mood dia pun turut salah?”

Jawapannya; “Ya, kajian menunjukkan begitu. Kita boleh cuba sendiri. Kadang-kadang bila kita pakai sesuatu pakaian kita rasa selesa, ada kalanya kita tak rasa selesa. Rasa bodoh dan tonggong sangat. Mungkin warnanya tak sesuai dengan kita.”
Mengikut kajian aura warna ada tujuh saja, tapi yang kita nak bicarakan nanti ada 10 warna. Kenapa sepuluh, sebab nanti ada orang kata kenapa tak sebut warna aku. Sebab warna aura cuma ada tujuh sedangkan kita ni macam-macam kesukaannya.

Warna UNGGU - orangnya suka buru kejayaan, positif orangnya
BIRU TUA - rajin, dedikasi
MERAH - melambangkan keberanian, semangat, tak ada istilah gagal pada dirinya
HIJAU - membawa ketenangan, tapi banyak kerenah, cemburu, romantik, dan
baik hati.
COKLAT - tandanya matang, bertanggungjawab
OREN - merangsang semangat, hiperaktif, komited dengan usaha yang
dipertanggungjawabkan
PINK - merangsang syahwat
KUNING - ceria, baik sangka, tak suka gaduh
HITAM - selalunya dikaitkan dengan protokol, emosional, mudah hiba
PUTIH - tandanya amanah.

“Macam mana kita nak tahu kita sesuai dengan warna-warna tertentu?”

Jawapan; “Nampaknya kita kena cuba dulu semua warna. Selagi tak cuba mana kita tahu. Memang kalau ikut kesukaan, kita mungkin tak berapa suka dengan warna hijau contohnya. Cuba satu hari tu paksakan diri pakai warna berkenaan dan rasakan perbezaannya. Kalau anda merasakan diri menjadi lebih tenang, lebih hebat dan lebih sihat warna itu mungkin lebih sesuai dengan anda,”

Suatu Pesanan...

Assalamualaikum..
Amal Ma'ruf Nahi Mungkar..

Sabda Baginda Rasulullah saw yang bermaksud;

"Sampaikan dariku walau pun satu ayat" - (Bukhari dan Tarmizi)

Meninggalkan maksiat adalah lebih berat daripada mengerjakan taat (yang diperintah oleh Allah dan Rasul Nya),kerana mengerjakan taat senang dibuat oleh setiap orang tetapi meninggalkan syahwat (maksiat)hanya dapat dilaksanakan oleh para siddiQin (orang-orang yang benar.

Rasulullah S.A.W. bersabda :

"Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah dari kejahatan.Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya."

Apabila seseorang melakukan sesuatu maksiat,maka sebenarnya ia melakukan maksiat itu dengan menggunakan anggota badannya,bermakna ianya telah menyalahgunakan nikmat anggota yang dianugerahkan dan mengkhianati terhadap amanah yang telah diberikan kepada nya.

Rasulullah S.A.W. bersabda :

"Maka kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan ditanyai akan kepimpinannya".(Riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar R.A.)

Semua anggota akan menjadi saksi diatas segala perbuatan di Padang Mahsyar.Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Dihari itu (Kiamat) akan bersaksilah ke atas kamu oleh segala lidah mu, tangan mu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di Dunia dahulu)." - Surah An Nur : Ayat 24.

"Pada hari ini (Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi dihadapan Kami kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah lakukan (di Dunia dahulu)." Surah Yassin : ayat 65.

1)Menjaga Mata

Peliharalah mata daripada perkara-perkara seperti melihat perempuan yang bukan mahram,melihat gambar-gambar lucah,melihat orang lain dengan pandangan penghinaan dan melihat keaiban orang lain.

2)Menjaga Telinga

Menjaga telinga daripada mendengar perkara bida'ah, perkataan-perkataan yang jahat,perkataan yang sia-sia atau menyebut keaiban / kejahatan orang lain.

Rasulullah S.A.W. bersabda :

"Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa)dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat."

3)Menjaga lidah

Lidah adalah anggota yang paling berkesan ke atas diri sendiri dan juga terhadap orang lain.Berapa ramai nanti manusia yang akan dihumban kedalam api neraka dengan sebab jenayah lidah mereka.

Rasulullah S.A.W. bersabda :

"Sesungguhnya sesaorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu.Dia tidak menyangka bahawa perkataan nya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan kedalam api neraka selama tujuh puluh tahun."
(Riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A. )

Jagalah lidah mu dari perkara-perkara seperti bercakap bohong, mungkir janji,mengumpat,bertengkar / berdebat / membantah perkataan orang lain,memuji diri sendiri,melaknat makhluk Allah,mendoakan celaka bagi orang lain dan bergurau / memperolok atau mengejek orang lain.

4)Menjaga perut

Memelihara perut daripada memakan makanan yang haram atau yang syubahat ATAU berlebihan dalam memakan yang halal.

5)Menjaga Kemaluan

Menjaga kemaluan daripada apa-apa yang diharam kan oleh Allah S.W.T.Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

"Dan mereka yang selalu menjaga kemaluan mereka,kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau apa-apa yang mereka miliki (daripada hamba jariah) maka mereka tidak tercela." (Surah Al Mukminun : Ayat 5-6.)

6)Menjaga Dua Tangan

Menjaga kedua tangan daripada memukul seseorang muslim dan daripada mencapai sesuatu yang diharamkan atau menyakiti sebarang makhluk Allah atau menulis sesuatu yang diharamkan atau menyakiti perasaan orang lain.

7)Menjaga Dua Kaki

Memelihara kedua kaki dari berjalan ke tempat yang diharamkan atau berjalan menuju kepada pemerintah yang zalim tanpa ada darurat atau paksaan kerana dianggap menghormati diatas kezaliman mereka, sedangkan Allah menyuruh kita berpaling daripada orang yang zalim.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

"Dan jangan kamu cenderung hati kepada orang yang zalim,nanti kamu akan disentuk oleh api neraka." - (Surah Hud : ayat 113. )

Kesimpulannya : Apabila kamu menggunakan anggota tubuh kamu bagi tujuan yang lain daripada yang dimaksudkan oleh Allah S.W.T. bermakna kamu tidak bersyukur(kufur)terhadap nikmat yang diberikan Nya kepada kamu.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

"Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati,sedangkan orang yang AhmaQ (bodoh)ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah S.W.T.(berangan untuk mendapatkan kebaikan diakhirat dan pengampunan tetapi ia tidak mahu beramal atau bertaubat). - ( Riwayat At Tirmizi.)

Sabda Baginda saw yang bermaksud;

"Aku tinggalkan dikalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada kedua nya,iaitu kitab Allah dan Sunnah Rasulullah S.A.W." - (Imam Malik)

Sabda Baginda saw lagi yang bermaksud;

"Tiap-tiap manusia berbuat salah dan sebaik-baik orang yang berbuat salah itu adalah orang yang banyak bertaubat."
( rawahu At-Tirmidzi, Ibnu Majah & Al-Hakim )

Wallahu A'lam...

Empat Perkara (Bahagian Kedua)

EMPAT PERKARA MENAJAMKAN FIKIRAN
1.Tidak banyak bual kosong
2.Rajin bersugi
3.Bercakap dengan orang soleh
4.Bergaul dengan orang ulama’

EMPAT PERKARA MENUMPULKAN FIKIRAN
1.Banyak angan-angan
2.Tonton filem
3.Tidur lewat
4.Banyak bual kosong

EMPAT PERKARA MENAMBAHKAN REZEKI
1.Membanyakkan sedekah ikhlas
2.Bangun sebelum subuh
3.Tolong bayar hutang orang
4.Jujur dan amanah

EMPAT PERKARA MENGURANGKAN REZEKI
1.Tidur lepas subuh
2.Bakhil
3.Tidak bayar hutang
4.Menipu

Empat Perkara (Bahagian Pertama)

Empat Perkara

EMPAT PERKARA MENGUATKAN BADAN
1.Makan daging
2.pakai haruman
3.kerap mandi
4.Pakaian kapas

EMPAT PERKARA MELEMAHKAN BADAN
1.Banyak berkelamin
2.Selalu cemas
3.Banyak minum air ketika makan
4.Makan benda masam

EMPAT PERKARA PENAJAM MATA
1.Mengadap kiblat semasa belajar
2.Bercelak sebelum tidur
3.Memandang yang hijau
4.Pakaian bersih

EMPAT PERKARA MEROSAKKAN MATA
1.Melihat najis
2.Melihat aurat
3.Melihat kemaluan
4.Membelakangkan kiblat

Kisah Dari Penjara...

Kisah benar dari Penjara Sg. Buloh. Pada suatu malam, bertempat di Surau Jenaris saya telah menghadiri satu forum. Perdana sempena Maulidur Rasul. Ahli panel terdiri dari Ust. Halim Din, Ust. Raihan & Ustzh Dr. Sharifah Noor Hayati. Memang menarik kupasan ketiga2 Ahli panel yg bijaksana tu. Ttg keperibadian Rasulullah yg mulia itu yg menjadi ikutan kita semua.

Di penghujung rancangan tersebut salah seorang ustaz kalau tak silap saya Ust. Halim Din telah menceritakan sebuah kisah yg berlaku di Penjara Sg. Buloh. Sebuah kisah benar. Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pd banduan2 di sana, Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan menceritakan pd beliau ttg seorang banduan yg bernama AMIN iaitu ketua kumpulan Al-Mau'una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Apa yg manarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain. Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.

Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum. Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah bau harum itu masih melekat pd pakaiannya. Mengikut ceritanya lagi, pada malam sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada subuh pagi jumaat. Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok. Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.

Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur. Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung. Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri. Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan. Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan. Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.

Apabila jenazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan spt org dlm solat dgn jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir. Subhanallah...mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung...Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya soleh dan sentiasa bertaubat. Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita
semua.

Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.
HUWALLAH HUALAM,

Arwah Kembali...

Assalamualaikum wbt..

Sebuah keluarga digemparkan dengan kehilangan anak lelaki mereka yg berumur 15 tahun. Anak itu tidak pulang2 dari sekolah setelah 3 hari berlalu. Setelah penduduk kampung mencari, mereka hanya menemui mayatnya di dalam sebuah parit di pedalaman kampung , bersekali dengan basikal anak tersebut.

Dalam waktu semasa majlis tahlil arwah yg dilakukan 2 - 3 kali selepas itu, adik-adik arwah yg masih kecil yg berumur kurang dari 5 tahun sering menceritakan kepada ibu bapa mereka bahawa arwah ada bersama2 dalam majlis2 tersebut.

Ibubapa itu hairan namun mereka menganggap anak2 itu hanya bermain-main dan terbayang2 abang mereka. Pada suatu hari di waktu siang, semasa kakak perempuan arwah sedang menjemur pakaian di luar rumah, arwah betul-betul datang kepadanya. Dengan muka yg sedikit sugul. Arwah bercakap kepada kakaknya.

" Wahai kakakku, mengapalah kakak tidak selalu mengingatkan saya tentang sembahyang? Saya mengalami sedikit kesulitan di dalam kubur, kak"

Iktibar

Seperti kebiasaan anak2 sekarang memang tahu bersolat, namun sesetengahnya tidak istiqamah...

arwah itu baru berumur 15 tahun bermakna mungkin baru 1-2 tahun mencapai umur baligh dan dalam waktu yg sesingkat itu pun dosa pahala sudah di catat malaikat. Kesannya akan di alami di kubur...

Cuba kita tinjau diri kita yang sudah 10, 20 atau 30 tahun amalan kita dicatat malaikat. Berapa banyak waktu solat kita sudah tinggalkan dalam hidup mengejar dunia ini. Kita punya banyak masa untuk bersantai melihat TV berjam2, mengadap internet atau bersembang dengan kawan-kawan tak tentu hala. Namun pernahkah kita menggunakan waktu selepas solat atau waktu-waktu lapang lain untuk menqada solat-solat kita yg lepas2?

Jika 40 tahun selepas baligh dan kita hanya mula bersolat 10 tahun lepas..? Atau baru mula bersolat secara istiqamah. Itupun tiada jaminan solat kita sekarang diterima Allah SWT. Hutang dengan Allah tetap hutang. Begitu juga dgn ibadah puasa [terutama yg wanita].

Sebab itu kadang-kadang kita makin banyak berusaha, semakin tidak menjadi. Makin banyak hutang bank, memang kita sering mendengar orang-orang yang tidak sembahyang dan lalai beragama tapi business flourish, malah semakin kaya. Namun mahukah kita menjadi seperti mereka yang mana dalam keadaan menderhaka. Allah memberi rezeki secara marah..dgn kata lain 'istidraj' yakni nikmat yg diberi semakin melalaikan malah membinasakan iman.

Lebih baik menjadi org Islam yg diuji, bilamana dengan ujian itu kita menjadi lebih teringatkan Allah, lebh rasa memerlukan, rasa keterbegantungan kpd Allah dan lebih lunak hati kita serta meningkatkan rasa kehambaan.

Kita sentiasa merasakan bahawa kita sudah melakukan apa yang diperintahkan Allah swt, sekurang-kurangnya bersolat 5 waktu, namun hidup kita masih tidak tenang serta silih berganti ujian kecil mahupun besar.

Mungkin antara sebabnya adalah hutang-hutang kita kepada Allah yg masih belum selesai dan sudah tentunya solat menjadi keutamaan. Bagaimana pula dengan zakat pendapatan dan haji [bg yg sudah berkemampuan?]

Ianya adalah suatu peringatan buat diri saya dan juga sesiapa yang membacanya agar kita menjadi seorang hamba yang sentiasa menpertingkat amalan dan kualiti kehidupan kita dari semasa ke semasa.

Semoga bermanfaat, Wassalam.
Tiada yang lebih tinggi dan indah dari Islam...

Keampunan

Keampunan

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "tidak akan masuk neraka orang yg menangis krn takut kpd ALLAH sehingga ada air susu ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bhawa akan didatangkan seorang hamba pd hari kiamat nanti, & sangatlah berat timbangan kejahatannya, & telah diperintahkan utk dimasukkan ke dlm neraka.


Maka salah satu drp rambut2 matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul engkau, Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda,sesiapa menangis krn amat takut kpd ALLAH S.W.T maka ALLAH telah mengharamkan matanya itu ke neraka & sesungguhnya aku menangis krn amat takut kpd-Mu."

Akhirnya ALLAH mengampunkan hamba itu & menyelamatkannya dari api neraka dengan berkatsehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kpd ALLAH.Malaikat Jibrail mengumumkan, "telah selamatlah ia hanya disebabkan sehelai rambut."

Dalam sebuah kitab lain, bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatngkan neraka jahanam dgn mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yg sgt menggerunkan!! Semua umat manusia berlutut kerana kesusahan & kesengsaraan menghadapinya.

ALLAH S.W.T berfirman ygt bermaksud, " Kamu lihat (pd hari itu) setiap umat berlutut ( yakni merangkak dgn lutut)Tiap2 umat diseru kpd buku amalannya. ( dikatakan kpdnya) : Pada hari ini kamu akan dibalas mengikut setiap apa yg telah kamu kerjakan." (Surah al-Jatsiyah, ayat 28 )

Sebaik shj mereka menghampiri api neraka, mereka lalu mendengar kegeraman api neraka dgn nyalaan apinya, dan diterangkan dlm kitab tersebut bhawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun PERJALANAN !!!

Pada waktu itu akan berkatalah setiap orang, & juga nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku ( Selamatkanlah diriku, Ya ALLAH)." kecuali hanya seoarng nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku." Beliaulah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad akan berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api ! Demi hak orang2 yg solat, demi hak orang2 yg ahli sedekah, demi hak orang2 yg khusyuk, demi hak orang2 yg berpuasa, agar engkau kembali."

Walaupun diucapkan sedemikian, api neraka tetap tidak mahu kembali, lalu Malaikat Jibrail pun berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju ke arah Nabi Muahammad S.A.W." Kemudian Jibrail membawa semangkuk air & Rasulullah meraihnya. Berkata Jibrail A.S "Wahai Rasulullah, ambillah air ini & siramkanlah padanya."Lalu Rasulullah menyiram api neraka itu, lalu padamlah ia dengan izin ALLAH."

Setelah itu Rasulullah pun bertanyalah kepada Jibrail, "Wahai Jibrail, air apakah itu?"

Jawab Jibrail,"Itulah air mata orang yg derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada ALLAH S.W.T & sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau dapat menyiraminya.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W ,"Ya ALLAH, anugerahilah kami 2 biji mata yang menangis kerana takutkan-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

"Aqimu Daulatil Islam Fi Nufusikum,
Takum Fil Ardikum"