July 27, 2010

9 SITI dan Tips Kecantikkan


Buat Muslimah-muslimah Impian

Antara 9 SITI yang patut dicontohi:

1) Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah
Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku tidak akan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A'ishah
Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi S.A.W minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
Wanita suci yang mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah S.W.T utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah
Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah S.W.T.

Tips-tips ingin Lebih Cantik dan Menarik…

Jadikanlah “Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan)” sebagai hiasan mata anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

Titipkan "Lipstik Kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

Gunakanlah pemerah pipi anda dengan kosmetik yang dibuat dari “Rasa Malu” yang disediakan dari jenama “Iman.”

Pakailah "Sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

Hiasilah kedua tangan anda dengan “Gelang Tawadhu'” dan jari-jari anda dengan “Cincin Ukhuwwah.”

Sebaik-baiknya kalung anda adalah “Kalung Kesucian".

Bedaklah wajah anda dengan "Air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Khas untuk :
Permata Hatiku...
Nor Hidayah dan Puteri Atiqah...
Serta setiap insan yang bergelar Muslimah...

Melawat Taman i-city

Assalamualaikum wbt..

Taman i-city suatu nama yang pada saya agak menarik sama seperti tempatnya. Saya terpanggil untuk ke sana selepas ajakkan adik saya. Suatu tempat yang amat cantik yang pada pendapat saya dan pastinya anda juga akan kagum apabila dapat berkunjung ke tempat tersebut. Taman tersebut di hiasi dengan teknologi canggih dimana "pokok-pokok besi" yang terdapat disana hidup pada malam harinya dengan suasana lampu yang berwarna-warni. Kebetulan pada malam itu siaran langsung WC ditayangkan di "tv besar" dan pastinya peminat-peminat bola tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke sana.

Namun,hati saya terdetik dengan adanya taman yang begitu canggih, adakah lampu-lampu di taman tersebut di janakan menggunakan tenaga elektrik..? Dan sekiranya ya, berapa agaknya tenaga yang digunakan untuk menjana taman tersebut semalaman dan bukankah ianya suatu pembaziran sekiranya menggunakan tenaga elektrik dengan jumlah lampu yang begitu banyak..?

Namun, apapun ianya merupakan suatu idea yang menarik dimana untuk mewujudkan suatu taman yang dipenuhi dengan lampu berwarna warni dimana ia juga dikawal rapi oleh pengawal keselamatan disana. Suatu tempat yang menarik untuk dikunjungi bersama keluarga dan sekiranya kelemahan seperti pembaziran tenaga yang banyak dan kelemahan lain yang terdapat apa taman itu dapat di atasi, ianya dapat menjadi suatu aset yang mampu menjana ekonomi negara dalam sektor perlancongan.

Ramadhan...



Ramadhan
Kau datang lagi...
bergenang airmata kesyukuran
kerana masih dapat bersua denganmu..

Ya Allah ..
Kau jadikan bulan Ramadhan kali ini
sebagai penyuci segala kekotoran hatiku
sebagai satu tarbiyah atas tindakanku
sebagai pembimbing akhlak dan pekertiku
sebagai penyuluh segala amalanku
sebagai pelopor keikhlasanku
sebagai penyubur roh kasih dan sayangku

Ya Allah...
peliharalah diriku
dari segala godaan nafsu
dan kau berilah petunjuk pada mereka
yang mempersendakan ramadhan ini
yang tidak takut pada KebesaranMu
yang tidak takut pada azabMu
mereka bangga bila tidak berpuasa
dan mereka bangga kalau berpuasa
tapi tidak menyembahMu
Ya Allah ..
tetapkanlah kami pada ketaatan terhadapMu.
Dan limpahkanlah pada kami
Rahmat,Keberkatan dan PengampunanMu.
pada Ramadhan kali ini..

Ramadhan ..
kau datang lagi
bergenang airmata kesyukuran

ZikrulMaut Motivasi Diri


ZikrulMaut

INILAH PERINGATAN BUAT DIRIKU YANG SERING LUPA…

Apabila datangnya Ramadhan lagi, kita seharusnya sedar yang umur kita semakin singkat. Prof. Hamka pernah menulis : Adapun manusia hidup di dunia ini ibarat orang belayar di lautan luas. Mereka menumpang sebuah kapal menuju daratan yang jauh di sana. Setelah sekian lama di laut, maka pada suatu hari kapal itu singgah pada suatu pulau. Adapun orang yang turun kepulau itu terbahagi kepada tiga golongan:

i) Yang pertama, mereka tahu dan ingat bahawa mereka dalam perjalanan. Setelah melihat sebentar,mereka akan kembali ke kapal. Mereka ingat bahawa pulau itu bukanlah menjadi tujuan.

ii) Yang kedua, mereka terpengaruh oleh keindahan pulau. Mereka terpegun dan terlena, tetapi kemudian mereka ingat bahawa mereka dalam perjalanan. Maka mereka kembali ke kapal, tetapi kerana terlambat, semua tempat duduk sudah ditempahi orang.

iii) Yang ketiga, inilah golongan yang malang.Setelah dibunyikan semboyan kapal yang pertama, kedua dan ketiga, tidak dipedulikan. Lalu kapal itu pun berangkat. Setelah kapal itu jauh, dipanggilnya tetapi tidak kembali lagi. Mereka inilah orang yang benar-benar malang.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah merasakan umur umatnya terlalu pendek berbanding dengan umat sebelumnya. Lalu baginda pun berdoa kepada Allah SWT mengadukan tentang umur umatnya yang tidak punya banyak waktu untuk beribadat. Maka Allah SWT menganugerahkan malam Lailatul Qadar kepada kita umat Muhammad bagi memanjangkan nilai umur kerana mengerjakan ibadah kepada malam itu seumpama beribadah selama 83 tahun 4 bulan! Itulah kurniaan besar daripada Allah kepada umat Rasulullah berkat kemuliaan peribadinya. Semoga kita tidak mensia-siakan kurniaan sebegini di bulan Ramadhan kali ini.

Kerana barakah Rasulullah jualah, umatnya yang paling ramai menghuni syurga kelak. Daripada 120 golongan yang memasuki syurga, 80 darinya adalah umat Muhammad. Hanya 40golongan dari umat-umat nabi yang terdahulu. Malah Nabi Ibrahim a.s apabila mendengar tentang kelebihan Rasulullah dan umatnya, pernah memohon kepada Allah SWT agar dia menjadi nabi akhir zaman. Namun Allah SWT tidak perkenankan kerana segalanya telah diatur. Lalu Nabi Ibrahim a.s memohon pula untuk menjadi umat Muhammad. Namun masih tidak diperkenankan oleh Allah SWT. Lalu Nabi Ibrahim a.s. akhirnya memohon agar namanya disebut oleh umat Muhammad dan diperkenankan oleh Allah SWT. Kerana itulah kita membaca doa kepada Nabi Ibrahim pada penghujung setiap solat setelah kita membaca tahyat akhir. Begitulah tinggi dan mulianya Rasulullah yang sering kita sebut namanya, tetapi amat payah untuk kita mensyukuri menjadi umatnya…

Rasullullah SWT pernah bersabda :

`Perbanyakkanlah mengingati mati kerana ianya penghancur segala kelazatan dunia.'
Kebanyakan manusia lupa akan tujuan hidup, lupa bahawa hidup di dunia tidak akan lama dan kita semua akan mati !! Oleh itu, sebagai umat Muhammad, hendaklah kita selalu megharapkan kurnia Allah SWT agar Dia tidak mencabut nikmat Islam sesudah Dia berikan kurnia itu kepada kita.Sesungguhnya nikmat ISLAM ini adalah yang terbesar dari segala nikmat di dunia ini.

Manusia selalu mencari-cari kesenangan. Sudah senang, ingin senang lagi. Kesenangan itu jarang disyukuri, namun kesusahan itulah yang menjadi perbincangan sepanjang hari. Kesenangan dunia ini diumpamakan oleh Allah SWT seperti fatamorgana. Ianya nampak, tetapi setelah didekati ia pun hilang. Hanya orang-orang yang lalai menyangka kesenangan itu terdapat dalam harta benda, pangkat dan kuasa. Ingat teman-temanku, hari ini kita berada disini. Mungkin esok kita sudah menjadi mayat, terbaring di liang lahat seorang diri. Dikamar yang gelap, sempit dan dingin dimana harta, pangkat dan kuasa sudah tidak lagi bernilai.

Kalau seseorang sering mengingati mati, akan timbullah sifat-sifat baik dalam dirinya, iaitu :

i) Abia – rajin beribadat
ii) Sakinah– perasaan tenang tidak gelisah
iii)Wara’ – tidak mahu berbuat maksiat
iv) Zuhud – harta dunia tidak melekat dihatinya

Dari Abu Hurairah r.a.
`barang siapa tidak suka menemui Allah (mati), Allah tidak suka menemuinya.’

Selalu mengingati mati mengandungi berbagai faedah dan manfaat. Diantaranya, zuhud pada dunia, qanaah (merasa cukup dengan apa yang ada) serta selalu melakukan amalan soleh dan meninggalkan laranganya. Kemudian menyegerakan diri untuk bertaubat kepadaNya atas segala dosa dan kesalahan yang telah terlanjur dilakukan. Sebaliknya melupakan mati akan memanjangkan angan-angan dan harapan. Kita akan selalu mencintai dunia dan bersusah-payah untuk mengumpulkan segala isi dunia yang tidak akan kekal. Kita akan bermegah-megah dengan perhiasan dunia dan menangguhkan diri untuk bertaubat dari segala dosa.

Rasulullah SAW bersabda :

`Orang-orang pertama dari umat ini akan selamat dengan zuhud dan kuatnya keyakinan pada akhirat. Ada pun yang terakhir dan akan binasa adalah kerana berlebihan cintanya pada dunia dan panjang angan-angan dalam hidupnya.’
Apabila hati seseorang manusia telah terpaut oleh perasaan ingin hidup lama di dunia ini, nescaya segala perhatian dan sikapnya akan tertumpu pada usaha untuk mengumpul harta benda dunia, sehingga semua itu akan melalaikannya mengumpul bekal ke akhirat. Lalu jika dia mati, ia akan menjadi seorang yang muflis di hadapan Tuhannya kelak.

Telah bersabda Rasulullah SAW :

`Apakah erti dunia bagiku. Hubunganku dengan dunia ini laksana seorang pengembara yang sedang berjalan di panas yang terik. Tiba-tiba kelihatan olehnya sebatang pohon, lalu ia pun berteduh sejenak di bawahnya. Sesaat kemudian ia pun pergi dan meninggalkannya.’
Begitulah kehidupan ini, diakhirat kelak kita merasakan yang kita hanya berada sehari sahaja di dunia ini!

Sedikit Info Tentang Ramadhan



Sejarah Ramadhan

1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru amadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan
Musyrikin dan
berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik
daripada 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan

1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal
dunia terlepas
dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan
- doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka uasa.
- juga doa pada sepertiga malam.
10)10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
10 hari pertengahan - pengampunan,
10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi
supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10)Sahur diwaktu akhir
11)Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan
makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12)Mandi Janabat sebelum Imsak
13)Kurangkan tidur
14)Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15)Tunaikan Solat Dhuha
16)Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17)Tunaikan solat Rawatib
18)Jaga pacaindera
19)Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20)hadiri majlis ilmu
21)Buat baik pd ibubapa
22)Isteri hendaklah taat pd suami
23)Banyakkan bersedekah
24)Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan
oleh api
25)Berbuka bersama org tua
26)Jemput tetamu berbuka
27)Kurangkan berat badan
28)Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29)Baiki hubungan suami isteri
30)Baiki hubungan jiran
31)Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32)Elakkan berbelanja berlebihan
33)Kuatkan kesabaran
34)Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35)Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36)Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37)Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38)Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39)Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40)Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41)Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42)Melazimkan solat waktu
43)Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44)Elakkan banyak berhutang
45)Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti
tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46)Tunaikan zakat fitrah

Salam Ramadhan...


PERSEDIAAN MINDA MENYAMBUT RAMADHAN

Apakah yang terlintas di fikiran kita apabila muncul bulan Ramadhan?

Ibadah atau amalan semasa berpuasakah, persiapan raya atau lainnya? Jarang kedengaran di kalangan umat Islam membuat persiapan ibadah untuk menyambut bulan Ramadhan seperti membeli telekong baru, songkok atau sejadah khusus untuk digunakan beribadah sepanjang Ramadhan. Begitu juga ulangkaji tentang ibadah-ibadah yang akan dilakukan.

Terdapat pula di kalangan kita yang tidak senang dengan kehadiran bulan ini. Bulan ini benar-benar membebankan bagi mereka. Mungkin kerana sebahagian aktivitinya tidak dapat dilakukan seperti biasa. Masih terdengar lagi kata-kata ustaz atau tok-tok guru, Ramadhan bulan rahmat dan keampunan, bulan ganjaran, pahala berlipat ganda,bulan mendisiplinkan diri dan berbagai lagi.

Bagi orang yang beriman, bulan Ramadhan sentiasa ditunggu dan dirindui kerana mengharapkan peluang mendapat rahmat dan keampunan Allah. Tetapi bagi yang kurang beriman, Ramadhan itu benar-benar bulan menyiksakan. 30 hari dirasakan 30tahun. Ini kerana mereka tidak bebas untuk makan dan minum di khalayak ramai.

Bulan Ramadhan adalah bulan paling istimewa kedudukannya kerana selama sebulan penuh bermula dari hari pertama hingga hari terakhir bulan ini dikenali sebagai bulan ibadah. Apa sahaja yang dilakukan dalam bulan ini dikira badah hatta tidur pun dikira ibadah. Tetapi dengan syarat niat tidur kerana Allah seperti tidur siang dengan harapan dapat bangun malam untuk melakukan qiamullail.

Bulan Ramadhan menjadi pengukur keimanan seorang hamba Allah sebab peraturannya yang wajib dilaksanakan benar-benar mencabar fitrah semula jadi atau naluri manusia yang sentiasa ingin makan dan minum. Begitu juga dengan arangan bercampur suami isteri di siang hari, serta menjauhi segala perbuatan yang membatalkan puasa.

Sakit pula seperti gastrik contohnya, sering dijadikan alasan untuk meninggalkan ibadah puasa yang wajib dilaksanakan selama sebulan sedangkan Allah SWT telah memberi kita ruang yang cukup luas iaitu 11 bulan dalam setahun untuk makan dan minum sepuas-puasnya.

Di samping itu, perlu dijelaskan bahawa walaupun sakit mereka mesti berazam dan berusaha untuk berpuasa. Bukan bila sakit sahaja terus meninggalkan puasa. Hatta orang yang terlalu tua dan lemahpun mereka mesti tanamkan semangat dalam dirinya, wajib berpuasa sekadar kemampuan yang boleh walaupun setengah hari.

Sesungguhnya pahala puasa dan amalan-amalan di bulan Ramadhan adalah jauh lebih baik dari bulan-bulan yang lain. Oleh itu tidak wajar kita eninggalkan puasa kerana sakit.

Semangat atau daya juang yang tinggi boleh mengatasi rasa lapar. Inilah dinamakan jihad untuk melawan hawa nafsu. Kalau kita rasa tidak boleh laksanakan puasa sudah tentu tidak boleh puasa. Dalam hal ini jangan berbuka puasa kecuali sakit yang boleh memudharatkan diri.

Dari segi kesihatan, puasa dapat merehatkan penghadaman yang bekerja selama 11 bulan tanpa henti. Menurut pakar kesihatan bagi pengidap penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi puasa bulan Ramadhan boleh menjadi ubat yang paling mujarab untuk mengubati penyakit tersebut.

Oleh yang demikian, setiap individu Muslim perlu menerima tanggungjawab berpuasa sebagai suatu amalan positif yang dapat meningkatkan ketahanan fizikal, spiritual dan mental.

Lelaki Idaman...



Lelaki Idaman

Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti"
Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan
sayangnya yg tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...

1.Kuat agamanya.
Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara.
Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat
saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat
puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi
biarpun dia pemuda paling miskin.

2.Baik akhlaknya.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur
hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan
hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3.Tegas mempertahankan maruah.Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan
kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4.Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan
sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja
si dia.

5.Tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang
dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi
bersama mereka yang berhak.

6.Tidak Liar Matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah
perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika
ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7.Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah
orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

8.Rakan pergaulannya.
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9.Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana
dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli
familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia
hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab

10.Tenang wajah
Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd
air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia
bercakap dan bertindak.

Berbahagialah kamu jika dicintai calon yang demikian
sifatnya..."

Tidurrr....


Tata Tertib Tidur:

1. Bersuci (berwudhu') dan bersiwak

2. Berniat utk melakukan ibadat di waktu bangun tidur nanti.

3. Jika ingin menuliskan wasiat utk keluarga, tulis sebelum tidur kerana kemungkinan kita meninggal dunia dlm tidur.

4. Hendaklah bertaubat sebelum tidur, bersih hati terhadap semua kaum muslimin, tiada menyimpan dendam dan berazam utk tidak melakukan maksiat apabila terbangun nanti.

5. Hendaklah jgn terlalu mengambil berat tentang tempat tidurnya supaya ianya empuk dan halus.

6. Jangan memaksa mata utk tidur jika tidak mengantuk, kecuali jika
bermaksud utk senang bangun beribadah di waktu malam.

7. hendaklah tidur berhadapan dengan arah kiblat.

8. Membaca surah : al-ikhlas
surah al-falaq
an-nas
dan sesudah baca sembur ke tangan dan sapukan tangan pada wajah dan seluruh badan.
Selanjutnya boleh membaca ayat kursi dan membaca Subhanallah 33 kali,
alhamdulillah 33 kali, dan Allahu Akbar 33 kali.

9. Hendaklah mengingati bahawa tidur itu semacam mati, manakala
bangunnya seakan ba'ats. Dan hendaklah menyakini pula bahawa manusia itu
diwafatkan atas adat kebiasaannya, samada dalam hatinya mencintai ALlah
ataupun bersarang di dalam hatinya cinta kepada dunia dan kelak ia akan
dibangkitkan seperti ia dimatikan.

10. Berdoa ketika bangun tidur. Hendaklah dimulakan dengan:
alhamdulillaHillazii ahyaanaa ba'damaa amaatanaa wa ilaiHiinnusyuur.

20 Perkara JANGAN


JANGAN LAKUKAN YG BURUK, LAKUKAN APA YG BAIK DAN JANGAN PANDANG ORANG SEBELAH MATA SAHAJA.........

20 PERKARA JANGAN

Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Dibawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena batang hidung saya sendiri. Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati diantara satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia InsyaALLAH.

1) Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..

2) Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau² terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

3) Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

4) Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapan.

5) Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi² itu membuka pintu berkat).

6) Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.

7) Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut² kita mati dalam perjalanan.

8) Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9) Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10) Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11) Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila² masa.

12) Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13) Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia.

14) Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. kalau gagal kecewa pula.

15) Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16) Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

17) Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri² munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

18) Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

19) Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

20) Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya.

Siapakah Kita...?????


Siapakah Anda?

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka

Tanya..Tanya..Tanya dan Tanya..



TANYA...

Tanya bila tarikh lahirmu,
Tentu engkau tersenyum,
Mengenangkan engkau semakin
dewasa,

Tanya siapa penciptamu,
Tentu engkau terdiam,
Mengenangkan tarikh matimu

Tanya siapa rasulmu,
Tentu berputik kasih buat
Nabi Muhammad S.A.W.

Tanya apa Panduanmu dan
peganganmu,
Tentu engkau teringat Al-Quran
Yang berdebu di atas almari..

Tanya untuk apa
Kau diwujudkan di dunia ini,
Tentu engkau mempunyai
Pelbagai alasan dan akhirnya..

Tanya kemanakah engkau
Selepas kematianmu,
Tentu engkau menangis
Mengenangkan hari tersebut dan
Kau tidakkan ke mana....

July 26, 2010

Untuk Abah dan Mamaku



Doa Untuk Kedua Orang Tua


Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.........

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau
kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat
kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta
rahmat-Mu..........

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua
kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita.
Kerana
kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.

Istighfarlah,Istighfarlah...

Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya.
Atau kata-katanya sering mengguris hatinya,
atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya.
Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.

Khas untuk : En. Jamiat dan Pn. Azura
Ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

Musibah...


Doa Ketika Tertimpa Musibah

Musibah yang dialami oleh seorang mukmin, baik yang besar atau kecil,
merupakan balasan Allah atas dosa-dosa yang pernah dilakukannya. Musibah
tersebut sebagai penghapus dosa-dosa selama ia terbebas dari perbuatan
kesyirikan dan dosa besar lainnya. Sehingga ia akan menghadap Allah
dalam keadaan bersih dari dosa yang pada akhirnya akan dimasukkan surga
oleh Allah Ta’ala. Apabila ia tidak melakukan kezaliman berupa
kesyirikan, kezaliman terhadap sesamanya, atau kezaliman terhadap
dirinya, maka ia akan mendapatkan rasa aman pada hari kiamat dan
petunjuk di dunia dan akhirat. (Fathul Majid, tanpa tahqiq hal. 38).

Lalu bagaimana agar musibah yang menimpa seorang mukmin dapat menjadi
penghapus dosa bahkan menjadi pahala dan menggantikan musibah itu dengan
sesuatu yang lebih baik ?

Pertanyaan ini telah dijawab oleh Allah Ta’ala dalam Surah Al Baqarah
156-157 :

"Orang-orang yang apabila tertimpa musibah mereka mengatakan:"inna
lillahi wa inna ilaihi raji’un (Sesungguhnya kami ini milik Allah dan
kami akan kembali kepada-Nya). Mereka itu mendapatkan salawat (pujian)
dan rahmah. Merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk."

Nabi S.A.W juga memberikan petunjuk kepada kita
apa yang harus diucapkan ketika kita tertimpa musibah, besar atau kecil,
dengan mengucapkan kalimat istirja’.

Dari Abu Hurairah R.A bahwa Rasulullah S.A.W bersabda :

"Hendaklah salah seorang kamu mengucapkan istirja’ dalam segala hal
(musibah) meskipun yang terjadi pada tadi sandalnya. Sebab yang demikian
tergolong musibah."

(Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadith ini hasan setelah melihat
adanya penguat hadith ini berasal dari Ibnu Sunni dengan sanad lemah (Al
Kalimuth Thayyib, Ibnu Taimiyah, tahqiq Al Albani, hal.81)

Ummu Salamah R.A mengatakan bahwa ia pernah mendengar
Rasulullah S.A.W bersabda :

"Seseorang yang tertimpa musibah lalu ia berkata : inna lillahi wa inna
ilaihi raji’un dan berdoa : Allahuma jurnii fi musibatii wakhluf liya
khairan minhaa (Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah ini dan
gantikanlah untukku dengan yang lebih baik daripadanya). Niscaya Allah
akan memberinya pahala karena musibah itu dan menggantikan untuknya
dengan yang lebih baik." (HR. Muslim 3/37-38).

Tatkala Abu Salamah (suaminya) meninggal, dia mengucapkan apa yang
dikatakan Nabi Muhammad S.A.W. Tak lama kemudian ia menjadi
isteri Rasulullah S.A.W, suami baru yang lebih
baik dari pada Abu Salamah. Siapa mengira ia mendapatkan suami
Rasulullah S.A.W sementara ia sendiri pernah
mengatakan :"Lelaki mana yang lebih baik daripada suamiku"? (Mukhtashar
Syarah Shahih Muslim, hadith no. 918)

Dengan demikian semestinya tindakan seorang mukmin dalam menghadapi
segala macam musibah dengan tetap dalam keadaan sabar, istiqamah dan
mengharap pahala serta ampunan Allah. Tidak sebaliknya dengan
menggerutu, menampar-nampar pipi atau merobek-robek saku baju,
menjerit atau tindakan lain yang tidak selayaknya diperbuat oleh seorang
mukmin.

12 Golongan di Akhirat


Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-

"Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang
berkelompok-kelompok."

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan
oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat
ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut
kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda
menjawab:

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12
golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan
sahaja yang akan memasuki syurga.
Adapun 11 golongan yang memasuki neraka
adalah seperti berikut:-

Pertama
Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

KeduaMereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.

Ketiga
Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

Keempat
Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.

Kelima
Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

Keenam
Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

Ketujuh
Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

Kelapan
Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.

Kesembilan
Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

Kesepuluh
Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit-penyakit lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.

Kesebelas
Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

Keduabelas
Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat."

Marilah kita mengambil iktibar dan bermusyahdah didalam kehidupan kita seharian.
Kita letakkan di manakah kita didalam kehidupan ini dan di dalam golongan manakah
kita di sana nanti.

Wallahua'lam...

Family = Father and Mother I Love You….


Family = Father and Mother I Love You….

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di muka pintu.

“Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?”
“Ya, nak tanya apa?”
“Berapa pendapatan ayah sejam?”
“Itu bukan urusan kamu. Buat apa sibuk nak tanya?”
“Amin saja nak tau ayah. Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?”
“20 ringgit sejam.”
“Oh…,” kata si anak sambil tunduk menekur lantai.

Kemudia memandang wajah ayahnya semula dan bertanya, “Ayah…Boleh tak Amin nak pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?”
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, “Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai nak mintak sepuluh ringgit? Nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni…”

Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke bilik tidurnya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan memikirkan kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya dan membuka pintu.

Didapati si anak masih belum tidur. “kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah sepuluh ringgit ini,” kata si ayah. Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. “Terima kasih banyak ayah,” katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu dibawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk.

Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. “Kenapa kamu minta duit lagi sedangkan kamu sudah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat di bawah bantal tu?” jerkah si ayah.

Si anak tunduk tidak berani merenung wajan ayahnya. “Duit ini amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Amin minta lagi sepuluh ringgit dari ayah sebab duit yang Amin ada sekarang tak cukup,” jawab si anak perlahan.

“Tak cukup nak beli apa?” soal balik si ayah.
“Ayah, sekarang amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak ayah balik kerja awal besok. Amin rindu nak makan malam bersama ayah,” jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.


Share this story with someone you like. But even better, share RM20 worth of time with someone you love. It’s just a short reminder to all of you of your working so hard in life. We should not let time slip through our fingers without having spent some time with those who really matter to us, those close to our heart. If we die tomorrow, the company we are working for could easily replace us in a matter of days. But the family and friends we leave behind will felt the loss for the rest of their lives.

Bila Di Akhir Kehidupan...


100 Hari Sebelum Hari Mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini Cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

40 Hari Sebelum Hari Mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik kebahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

WALLAHUA`LAM

Moga-moga setiap kita dan keluarga diampuni Allah dan diberkati hidup dan mati hingga dapat mempersiap sediakan bekalan untuk hari kemudian kita. Biar sesal dahulu jangan sesal kemudian. Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan berharap saudara saya semua begitu juga. Cubalah kita ingat mengingat sesama kita selagi mampu.

F.R.I.E.N.D.S


12 Sifat SAHABAT

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan
membalas baik persahabatanmu itu

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan
sebagainya ia akan membantumu

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan
menerima dengan baik

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan
menghargai atau menyebut kebaikanmu

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan
menutupnya

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan
mengusahakannya

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan
menanyakan kesusahanmu

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan
kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang
mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan

Teka-Teki...

Enam Pertanyaan Imam Ghazali

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMA :
Beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.

KEDUA :
Beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGA :
Beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179
KEEMPAT :
Beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA :
Beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM :
Beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab:''Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

Berhenti Seketika Bermuhasabah Diri...


Adakah kita….
1.Adakah anda bersembahyang jemaah setiap hari?
2.Adakah anda melakukan perkara-perkara sunat dan solat rawatib?
3.Adakah anda melakukan solat sunat dhuha dan sunat witir?
4.Adakah anda tertinggal takbiratul ihram yang pertama semasa solat berjemaah?
5.Adakah anda membaca ayat-ayat al-Qur'an?
6.Adakah anda membaca al-Ma'thurat(doa amalan nabi) pada hari ini?
7.Adakah anda selawat atas rasul pada hari ini?
8.Adakah anda menjalankan dakwah kepada orang lain?
9.Adakah anda menziarahi saudara lain kerana Allah?
10.Adakah anda menyeru kepada kebaikan dan mencegah yang mungkar?
11.Sejauh manakah anda telah merasakan ketaqwaan kepada Allah?
12.Adakah anda membaca buku-buka agama Islam?
13.Adakah anda merasakan kewajipan anda lebih banyak dari masa yang ada?
14.Adakah anda mengambil iktibar dari pengalaman hari ini?
15.Adakah anda bergaul dengan orang-orang soleh dalam mengingati Allah?
16.Adakah anda menitis airmata mengingati Allah pada waktu yang sunyi?
17.Adakah anda bercita-cita untuk mati dan berjihad pada jalan Allah?
18.Adakah anda berfikir tentang hari akhirat dan bagaimana kedudukan anda? Syurga
atau neraka?
19.Adakah anda berfikir tentang mati walau sesaat?
20.Adakah anda membenci dan menyayangi orang lain kerana Allah?
21.Adakah anda memungkiri janji?
22.Adakah anda berbohong?
23.Adakah anda mempersendakan Allah dan hukumNya?
24.Adakah anda pernah terjerumus kedalam maksiat?
25.Adakah anda terfikir untuk melakukan maksiat?
26.Adakah anda menzalimi orang lain?
27.Adakah anda menceroboh hak orang lain?
28.Adakah anda mengumpat orang lain?
29.Adakah anda membantu orang lain kerana Allah?
30.Adakah anda memaafkan orang lain kerana Allah?
31.Adakah anda dapat menahan sabar dan marah di dalam menghadapi kesulitan
serta merasa penuh harap kepada Allah?
32.Adakah anda beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali sehari?
33.Adakah anda pernah merasa riak dan takabur setelah melakukan sesuatu?
34.Adakah anda telah menjaga telinga, mata, tangan, kaki, mulut dan anggota lain
dari maksiat?
35.Adakah anda mengabaikan dalam masa dalam urusan terutama dalam hal solat?
36.Adakah anda berwudhu sebelum tidur?
37.Adakah anda telah mengamalkan doa harian dalam segala urusan anda?
38.Adakah anda telah berniat untuk solat malam?
39.Adakah anda telah berazam untuk memperbaiki diri anda untuk menjadi lebih
baik lagi pada hari esok?

"Renew" Hati Kita...


Lima Tanda HATI keras MEMBATU

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:


1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan lupakan akhirat

Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.


4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah

Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)

Iman Manusia vs Iman Semut

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi meninggalkan semut tersebut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman berkata kepada semut itu: "Wahai semut, kamu berbohong kepadaku. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu hanay makan setengah daripada gandum itu".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tidak mempercayai kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya dapat bertahan selama dua bulan. Aku takut kamu lupa".
Itulah Iman Semut!!
Kata Saidina Ali kepada Kamil:
" ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".

July 12, 2010

Rahsia Menjadi Pandai


Ramai orang nak jadi pandai. Menjadi pandai merupakan cita-cita setiap orang terutamanya pelajar.Pelajar ingin jadi pandai, agar setiap kali exam mereka akan "score A" berderet-deret.Mak bapak pelajar juga nak anak mereka jadi pandai, supaya anak mereka score A berderet-deret.

Adakah di antara anda semua ada yang mendapat :

1. SRP dapat semua A1
2. SPM dapat semua A1
3. Matrikulasi dapat semua A1
4. Degree dapat Degree Kelas 1
5. Master dapat Sarjana Kelas 1
6. PhD dapat Doctorate Kelas 1

Pernah ke..?
Kengkadang kita tengok ... orang yang sehebat macam tu, belajar ala kadar. Baca buku main-main. Banyak buat kerja lain dari belajar.

TAPI ....

Semua exam dia score kaw kaw tahap gaban

Apa rahsianya ?

Inilah rahsianya yang tersurat di dalam sebuah kitab Al Jauhar Al Mauhub (Permata pemberian yang Indah). Kita cuma mengamalkannya. Antara yang ditulis di dalam kitab tersebut ialah punca-punca kelupaan iaitu amalan yang menyebabkan seseorang menjadi pelupa. Dan jika dihindarkan amalan tersebut, seseorang mampu menjadi seorang yang kuat ingatan.

Insya-Allah Taa'la...

Oleh itu, untuk menjadi pandai dan tidak pelupa, JANGAN lah kita amalkan perbuatan berikut :

1. Melakukan maksiat.

Membuat perkara yang HARAM.... sebab satu dosa yang dilakukan akan melahirkan titik hitam di hati. Bila banyak dosa, banyaklah titik hitam di hati, akhirnya nur ilmu tidak mampu menerobos ke dalam hati. Hasilnya kita jadi pelupa.

2. Banyak dosa.

Bila banyak dosa, hati gelap. Sukar menerima ilmu dan sukar pula memahami ilmu. Oleh itu hendaklah menyucikan dosa dengan taubat. Maka cucilah hati mu dari daki dosa dengan istighfar dan taubat.

3. Suka cita pada jalan dunia.

Iaitu berangan-angan dalam hal keduniaan. Berangan jadi kaya. Berangan hidup mewah. Berangan jadi celebrity. Etc. Sedangkan dunia itu hanyalah tipu daya semata-mata kerana dunia adalah tempat yang fana, yang tidak kekal. Ramai orang tertipu dengan keindahan dunia. Mereka sangka nikmat didunia inilah yang termanis dan terindah. Sedangkan nikmat yang sebenarnya ialah apabila sudah berada di syurga Allah di akhirat. Manusia yang leka dengan ulitan nikmat duniawi, akan menjadikan kehidupan di dunia ini sebagai tempat perhentian terakhir mereka sehingga luipa tanggung jawab beragama ke atas diri mereka. Mereka lebih suka berjemaah dalam melakukan maksiat dari berjemaah melakukan ibadat. Mereka lebih suka berjemaah melakukan fitnah dan mengumpat dari berjemaah melafazkan zikir dan selawat. Inilah pautan duniawi.

4. Banyak bimbangkan pergantungan dunia.

Ramai dia antara kita cukup bimbang jika rezeki mereka terganggu. Ramai juga yang merasa khuatir jika rupa paras mereka tidak setampan/secantik manusia yang lain. Ramai juga yang khuatir dan bimbang jika gaji bulanan mereka tidak cukup untuk menjadikan hidup mereka mewah. Memperolehi rezeki yang banyak tidak salah. Memiliki rupa paras yang tampan dan cantik juga tidak salah. Begitu juga hidup mewah juga tidak salah. Yang salah ialah apabila kita terlalu bimbang sehingga kita sanggup melakukan sesuatu diluar batasan syariat. Kita bimbang rezeki kita tak cukup, maka kita mencuri. Kita bimbang rupa paras kita tidak cantik, maka kita bersolek berlebih-lebihan hingga membazir dan mendedahkan aurat. Kita bimbang kita tidak boleh hidup mewah, maka kita amalkan rasuah. Hendaklah kita berusaha sedaya upaya dalam hidup kita secara halal dan selepas itu serahlah usaha dan ikhtiar kita kepada Allah dengan bertawakal. Ingat !!! Rezeki, jodoh, ajal dan maut telah pun Allah tetapkan kepada kita sejak azali. Kita hanya perlu berusaha, berdoa dan bertawakal agar dipermudahkan dan dipercepatkan untuk memperolehinya.

5. Makan kazbarah basah.

Kazbarah ni apa ? Kazbarah adalah daun ketumbar. Mengapa makan daun ketumbar basah menyebabkan lupa ?

Aku pun tak tahu hehehe ... tetapi biasanya aku tengok orang yang makan daun ketumbar ni dia akan pening2 lalat.

6. Makan buah tuffah masam.

Tuffah masam ialah epal masam.

7. Melihat sesuatu dalam periuk rebusan.

JANGAN kau orang rebus megi, rebus nasi, rebus tulang untuk buat sup tulang, kau orang gi jengah ke dalam periuk. Hukumnya MAKRUH.

8. Membaca suratan pada kubur.

Maknanya kau membaca apa yang tertulis di batu nesan tanpa sebab.

9. Berjalan antara qithar unta.

Qithar adalah membawa maksud "awan tebal sebagai petanda hujan akan turun". Maksud berjalan antara qithar unta adalah berjalan beriringan dengan bayangan kenderaan yang sesak di jalan yang sibuk.Tindakan ini walau pun teduh tetapi mengundang bahaya. CONTOHNYA .... kalau pandu kereta, ada dua lane .... anda memandu kereta atas line putih tengah-tengah. Ianya hukum makruh dan mewarisi sifat lupa.

10. Berbekam di lubang tengkok

11. Memakan sesuatu yang menambahi balgham ( lendir, kahak, risa, gelema, dan entah apa2 istilah lagi )

Antara penyebab banyak balgham ialah banyak minum terutamanya minum air batu. Banyak minum adalah penyebab banyak balgham. Untuk mengurangkan balgham ialah dengan memakan roti kering. Bersugi ( berus gigi ) juga mengurangkan balgham. Termasuk perkara yang menambahkan balgham ialah meminum air sejuk/air batu. Dan yang mengurangkan balgham ialah meminum air panas.

Untuk menambah kecerdasan akal dan menguatkan ingatan. Elok diamalkan amalan berikut :

1. Bersugi
2. Berselawat 100 kali setiap kali selesai solat fardhu
3. Tuliskan ayat2 berikut pada permukaan pinggan yang putih dengan dakwat Za'faran

a. Surah Ar Rahman ( ayat 1 hingga 6)
b. Surah AL Qiyamah ( ayat 16 hingga 17 )
c. Surah Al Buruj ( ayat 21 hingga 22 )

Kemudian tulisan itu dihapuskan dengan air Zam Zam dan diminumkan air tersebut selepas dibaca 7 kali selawat kepada Rasulullah SAW. Insya-Allah akan hafaz dan kuat ingatan. Kalau diberi minum pada budak2, insya-Allah akan cepat menguasai ilmu kerana kuat hafazan dan ingatan.

Renung-renungkan dan Selamat beramal

dan Selamat Menjadi Pandai