July 26, 2010

Family = Father and Mother I Love You….


Family = Father and Mother I Love You….

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di muka pintu.

“Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?”
“Ya, nak tanya apa?”
“Berapa pendapatan ayah sejam?”
“Itu bukan urusan kamu. Buat apa sibuk nak tanya?”
“Amin saja nak tau ayah. Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?”
“20 ringgit sejam.”
“Oh…,” kata si anak sambil tunduk menekur lantai.

Kemudia memandang wajah ayahnya semula dan bertanya, “Ayah…Boleh tak Amin nak pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?”
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, “Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai nak mintak sepuluh ringgit? Nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni…”

Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke bilik tidurnya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan memikirkan kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya dan membuka pintu.

Didapati si anak masih belum tidur. “kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah sepuluh ringgit ini,” kata si ayah. Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. “Terima kasih banyak ayah,” katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu dibawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk.

Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. “Kenapa kamu minta duit lagi sedangkan kamu sudah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat di bawah bantal tu?” jerkah si ayah.

Si anak tunduk tidak berani merenung wajan ayahnya. “Duit ini amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Amin minta lagi sepuluh ringgit dari ayah sebab duit yang Amin ada sekarang tak cukup,” jawab si anak perlahan.

“Tak cukup nak beli apa?” soal balik si ayah.
“Ayah, sekarang amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak ayah balik kerja awal besok. Amin rindu nak makan malam bersama ayah,” jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.


Share this story with someone you like. But even better, share RM20 worth of time with someone you love. It’s just a short reminder to all of you of your working so hard in life. We should not let time slip through our fingers without having spent some time with those who really matter to us, those close to our heart. If we die tomorrow, the company we are working for could easily replace us in a matter of days. But the family and friends we leave behind will felt the loss for the rest of their lives.

1 comment: