July 27, 2010

Melawat Taman i-city

Assalamualaikum wbt..

Taman i-city suatu nama yang pada saya agak menarik sama seperti tempatnya. Saya terpanggil untuk ke sana selepas ajakkan adik saya. Suatu tempat yang amat cantik yang pada pendapat saya dan pastinya anda juga akan kagum apabila dapat berkunjung ke tempat tersebut. Taman tersebut di hiasi dengan teknologi canggih dimana "pokok-pokok besi" yang terdapat disana hidup pada malam harinya dengan suasana lampu yang berwarna-warni. Kebetulan pada malam itu siaran langsung WC ditayangkan di "tv besar" dan pastinya peminat-peminat bola tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke sana.

Namun,hati saya terdetik dengan adanya taman yang begitu canggih, adakah lampu-lampu di taman tersebut di janakan menggunakan tenaga elektrik..? Dan sekiranya ya, berapa agaknya tenaga yang digunakan untuk menjana taman tersebut semalaman dan bukankah ianya suatu pembaziran sekiranya menggunakan tenaga elektrik dengan jumlah lampu yang begitu banyak..?

Namun, apapun ianya merupakan suatu idea yang menarik dimana untuk mewujudkan suatu taman yang dipenuhi dengan lampu berwarna warni dimana ia juga dikawal rapi oleh pengawal keselamatan disana. Suatu tempat yang menarik untuk dikunjungi bersama keluarga dan sekiranya kelemahan seperti pembaziran tenaga yang banyak dan kelemahan lain yang terdapat apa taman itu dapat di atasi, ianya dapat menjadi suatu aset yang mampu menjana ekonomi negara dalam sektor perlancongan.

No comments:

Post a Comment