October 08, 2010

Arwah Kembali...

Assalamualaikum wbt..

Sebuah keluarga digemparkan dengan kehilangan anak lelaki mereka yg berumur 15 tahun. Anak itu tidak pulang2 dari sekolah setelah 3 hari berlalu. Setelah penduduk kampung mencari, mereka hanya menemui mayatnya di dalam sebuah parit di pedalaman kampung , bersekali dengan basikal anak tersebut.

Dalam waktu semasa majlis tahlil arwah yg dilakukan 2 - 3 kali selepas itu, adik-adik arwah yg masih kecil yg berumur kurang dari 5 tahun sering menceritakan kepada ibu bapa mereka bahawa arwah ada bersama2 dalam majlis2 tersebut.

Ibubapa itu hairan namun mereka menganggap anak2 itu hanya bermain-main dan terbayang2 abang mereka. Pada suatu hari di waktu siang, semasa kakak perempuan arwah sedang menjemur pakaian di luar rumah, arwah betul-betul datang kepadanya. Dengan muka yg sedikit sugul. Arwah bercakap kepada kakaknya.

" Wahai kakakku, mengapalah kakak tidak selalu mengingatkan saya tentang sembahyang? Saya mengalami sedikit kesulitan di dalam kubur, kak"

Iktibar

Seperti kebiasaan anak2 sekarang memang tahu bersolat, namun sesetengahnya tidak istiqamah...

arwah itu baru berumur 15 tahun bermakna mungkin baru 1-2 tahun mencapai umur baligh dan dalam waktu yg sesingkat itu pun dosa pahala sudah di catat malaikat. Kesannya akan di alami di kubur...

Cuba kita tinjau diri kita yang sudah 10, 20 atau 30 tahun amalan kita dicatat malaikat. Berapa banyak waktu solat kita sudah tinggalkan dalam hidup mengejar dunia ini. Kita punya banyak masa untuk bersantai melihat TV berjam2, mengadap internet atau bersembang dengan kawan-kawan tak tentu hala. Namun pernahkah kita menggunakan waktu selepas solat atau waktu-waktu lapang lain untuk menqada solat-solat kita yg lepas2?

Jika 40 tahun selepas baligh dan kita hanya mula bersolat 10 tahun lepas..? Atau baru mula bersolat secara istiqamah. Itupun tiada jaminan solat kita sekarang diterima Allah SWT. Hutang dengan Allah tetap hutang. Begitu juga dgn ibadah puasa [terutama yg wanita].

Sebab itu kadang-kadang kita makin banyak berusaha, semakin tidak menjadi. Makin banyak hutang bank, memang kita sering mendengar orang-orang yang tidak sembahyang dan lalai beragama tapi business flourish, malah semakin kaya. Namun mahukah kita menjadi seperti mereka yang mana dalam keadaan menderhaka. Allah memberi rezeki secara marah..dgn kata lain 'istidraj' yakni nikmat yg diberi semakin melalaikan malah membinasakan iman.

Lebih baik menjadi org Islam yg diuji, bilamana dengan ujian itu kita menjadi lebih teringatkan Allah, lebh rasa memerlukan, rasa keterbegantungan kpd Allah dan lebih lunak hati kita serta meningkatkan rasa kehambaan.

Kita sentiasa merasakan bahawa kita sudah melakukan apa yang diperintahkan Allah swt, sekurang-kurangnya bersolat 5 waktu, namun hidup kita masih tidak tenang serta silih berganti ujian kecil mahupun besar.

Mungkin antara sebabnya adalah hutang-hutang kita kepada Allah yg masih belum selesai dan sudah tentunya solat menjadi keutamaan. Bagaimana pula dengan zakat pendapatan dan haji [bg yg sudah berkemampuan?]

Ianya adalah suatu peringatan buat diri saya dan juga sesiapa yang membacanya agar kita menjadi seorang hamba yang sentiasa menpertingkat amalan dan kualiti kehidupan kita dari semasa ke semasa.

Semoga bermanfaat, Wassalam.
Tiada yang lebih tinggi dan indah dari Islam...

No comments:

Post a Comment