October 08, 2010

Jalanku Pulang

Jalan Pulangku (UNIC)

Tundukku malu didepanMu
Kernaku insan berdosa
Kuadukan sesalanku
Apakahkan Kau terima

Kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
Tinggalkan semalam yang nanah
Lantas meratap hinakan ku pada sempurnaMu
Terpaut aku tak berpaling

Ku bersyukur hanya padaMu Tuhan
Kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

Suburkan cahaya menerangi langkahku
Semaikan segala hiasan indah cintaMu

Ku bersyukur hanya padaMu tuhan
Kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

Ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
Bimbang Kau singkirkan taubatku
Kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
Kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
Sehingga masanya kau seru hujung nyawaku(x2)

Ku bersyukur hanya padaMu tuhan
Kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

Tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu…

Minta maaf di atas "kesunyian" blog saya ini selama sebulan ini. Maklumlah manusia, tidak dapat lari daipada ujian, masalah dan kesulitan. Namun, setiap ujian ada hikmahnya dan Allah swt tidak akan memberi suatu ujian sekiranya hambanya tidak mampu untuk menghadapi ujian itu.

Jadi, pada permualaan ini, saya ingin berkongsi mengenai suatu lagu yang agak menarik dari kumpulan UNIC, Jalanku Pulang yang mana selain lagu yg menjadi halwa telinga, lirik didalam lagu ini turut membawa maksud yang tersirat...

= )

No comments:

Post a Comment